Visit Lelong

7 Hacker Ditahan

Washington – Tujuh orang yang disyaki sebagai penggodam sehingga menjejaskan lebih 1 juta mangsa telah ditahan di Amerika Syarikat, Britain dan Ireland.

Menurut FBI, lima daripada mereka merupakan anggota kumpulan Lulzsec manakala seorang adalah anggota kumpulan Antisec sementara seorang lagi adalah remaja berusia 17 tahun.

Mereka yang ditangkap ialah Jake Davis, 19, Ryan Ackroyd, 25 dan Darren Martyn, 25, yang didakwa dengan dua tuduhan konspirasi menggodam telefon.

Manakala Donncha O’Cearrbhail, 19, pula berdepan tuduhan sama dan satu tuduhan mendedahkan data daripada komputer yang telah digodamnya.

Seorang lagi suspek lelaki turut ditangkap manakala remaja 17 tahun itu juga dihadapkan di mahkamah dengan dua tuduhan menggodam komputer.

Selain itu, Jeremy Hammond, salah seorang lagi penggodam yang dikenali dengan nama samaran Anarchaos telah ditangkap di Chigago, Isnin lalu selepas menyerang sistem komputer Stratfor.

Dalam pada itu, penahanan angggota kumpulan Lulzsec dijalankan dengan kerjasama ketua mereka, Hector Xavier Monsegur yang telah ditangkap pada bulan Ogos tahun lalu.

Hector mengaku salah atas 12 tuduhan jenayah.

Antara yang menjadi mangsa godaman ini ialah Kongres Amerika Syarikat, syarikat keselamatan Unveillance, Visa, Mastercard dan Paypal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012