Visit Lelong

Maut Sedut Asap Dalam Kereta

SENAWANG – Seorang mekanik ditemui mati dipercayai tersedut asap karbon monoksida dalam sebuah kereta di Taman Pinggiran Senawang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mangsa, Wong Chee Wo, 50, ditemui mati oleh orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap tebal keluar dari sebuah kereta diletakkan berhampiran sebuah kilang besi di taman berkenaan.

Chee Wo dipercayai lemas akibat terhidu asap yang disalurkan ke dalam kenderaan terbabit selama beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis menerima panggilan kecemasan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 12.30 tengah malam.

Menurutnya, polis mendapati terdapat sebatang tiub getah disambungkan daripada ekzos kenderaan dan tiub getah berkenaan dimasukkan ke dalam kereta ketika enjin kenderaan itu dihidupkan.

“Orang ramai yang curiga dengan kenderaan berhenti di kawasan berkenaan terus menghubungi polis dan menemui mayat mangsa berpakaian lengkap di dalam kereta terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012