Visit Lelong

Memo Dari Bos Kepada Pekerja

Perkara : CUTI SAKIT
Kepada : Semua Pekerja

Daripada : Pihak Pengurusan

Salinan : Semua Pembaca Memo Ini

Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan

pengambilan cuti sakit.

Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit. Itu cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau dibawa ke tahun seterusnya.

MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.

Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.

Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.

Sekian, harap maklum.

"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,

BERCUTI SAKIT DAHULU,

HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"

Yang Benar

Pihak Pengurusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012