Pereka watak 'Star Wars' McQuarrie meninggal dunia

LOS ANGELES: Pereka watak wayang, Ralph McQuarrie, yang terkenal dengan hasil watak “Star Wars” seperti Darth Vader, Chewbacca dan R2-D2, meninggal dunia pada usia 82 tahun, demikian diumumkan dalam laman webnya hari ini.

McQuarrie yang meninggal Sabtu lalu, bekerjasama dengan George Lucas dalam penghasilan filem asal “Star Wars” pada 1970-an dan bersama Steven Spielberg dalam beberapa filem termasuk “E.T” dan “Close Encounters of the Third Kind.”

Beliau juga pernah menyertai pengarah filem Ron Howard bagi menghasilkan filem “Cocoon” pada 1985 dan filem itu pernah memenangi Anugerah Oscar bagi kategori kesan khas.

“Ralph adalah seorang yang istimewa dengan kebijaksanaannya menghasilkan lukisan berus. Pengaruhnya dalam menghasilkan hasil seni akan sentiasa diingati," menurut pengumuman itu. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012