Visit Lelong

Asal Usul French Fries

BUKAN DARI PERANCIS

Kentang goreng adalah hidangan yang dibuat dari potongan-potongan kentang yang digoreng dalam minyak goreng panas. Di dalam menu restoran, kentang goreng yang dipotong panjang-panjang dan digoreng dalam keadaan terendam di dalam minyak goreng panas. Dalam bahasa Inggeris Britain ia disebut Chips dan dalam Bahasa Inggeris Amerika, ia disebut French fries.

Kentang goreng boleh dimakan begitu saja sebagai makanan ringan, atau sebagai makanan pelengkap hidangan utama seperti beafstik, hamburger, fish and chips dan currywurst.

Di United Kingdom dan kawasan sekitarnya, kentang goreng yang mirip french fries disebut chips. Di Amerika Utara, istilah "chips" berarti kerepek kentang (potato chips), sedangkan di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, "chips" bererti kentang goreng atau kerepek kentang.

Sejarah
Kentang goreng popular ke seluruh dunia hasil daripada restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King. Pada awal tahun 1950-an, Jack Simplot yang memiliki sebuah syarikat bernama J.R. Simplot menciptakan bahan french fries berupa potongan-potongan kentang yang sudah dikupas dan dibekukan.

Sebelum syarikat J.R. Simplot memasak bahan kentang goreng, kentang perlu dikupas dan dipotong-potong secara manual di semua cabang McDonald's. Kentang beku pengeluaran J.R. Simplot berjaya menyingkatkan waktu penyiapan makanan dan mendorong kepada pengembangan McDonald's.

Etimologi
French fries bererti "kentang goreng ala Perancis." Dalam bahasa Inggeris, kata fry sebenarnya bermaksud menggoreng dengan minyak sedikit atau menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam (deep frying). Sedangkan dalam bahasa Perancis, frire hanya bererti menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam.

Pada awalnya kata kerja "to french" digunakan untuk memotong sesuatu dengan bentuk panjang-panjang seperti batang korek api yang disebut Julienne-cut. Menurut kamus Oxford English Dictionary, istilah "to french" digunakan untuk daging yang dipotong-potong kecil, tapi istilah ini baru digunakan setelah french fried potato diperkenalkan.

Belgium
Orang Belgium mendakwa bahawa kentang goreng jenis french fries berasal dari Belgium, walaupun pendakwaan ini kurang didukung bukti yang kuat, pada hakikatnya Orang Belgium memang suka makan kentang goreng. Pada tahun 2002, statistik menunjukkan bahawa orang Belgium rata-rata menghabiskan €6.01 untuk membeli kentang goreng, termasuk di antaranya kentang goreng yang dibeli di restoran makanan segera.

Sejarawan Belgium bernama Jo Gerard menyatakan bahawa resepi kentang goreng french fries sudah ada di Belgium sejak tahun 1680. Pada waktu itu, penduduk miskin di daerah lembah Sungai Meuse antara Dinant and Liège mempunyai kebiasaan makan ikan kecil yang digoreng. Pada musim sejuk tidak tersedia ikan kerana sungai yang membeku, mereka menggoreng kentang yang dipotong-potong sama panjang. Pada tahun 1857, surat khabar "Courrier de Verviers" memuatkan rencana tentang seorang pengusaha Belgia bernama Fritz yang menjual kentang goreng di bandar raya dan menggelarnya sebagai "raja kentang goreng" ("le roi des pommes de terre frites"). Pada tahun 1862, gerai kentang goreng "Max en Fritz" didirikan di Antwerp, di lokasi yang berdekatan dengan Het Steen.

Menurut cerita orang Belgium, tentara Inggeris yang datang ke Belgium sewaktu Perang Dunia I sempat merasa kentang goreng buatan orang Belgium dan menamakannya "French," kerana pada waktu itu bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di pos ketenteraan Belgium.

Resepi tertua
Tukang masak Perancis bernama Honoré Julien sering menghidangkan kentang goreng untuk Presiden Amerika Syarikat Thomas Jefferson. Menurut manuskrip tulisan tangan Thomas Jefferson pada tahun 1801, french fries adalah 'kentang segar yang dipotong kecil-kecil dan digoreng dalam rendaman minyak'.
Pada tahun 1813, di dalam buku resepi masakan Amerika yang berjudul [7] sudah tercantum resepi french fries. Resepi kentang goreng sebenarnya sudah dimuat dalam buku resepi masakan Perancis "Les soupers de la cour" karya Menon pada tahun 1755.
Di dalam buku resepi lama koleksi laman web Feeding America yang berjudul "Miss Parloa's New Cook Book" terbitan tahun 1882 sudah tercantum resepi untuk "French fried potatoes" (kentang goreng Perancis).

Sepanyol
Sepanyol adalah negara Eropah yang pertama kali mengenal kentang, sehingga mendakwa kentang goreng sebagai ciptaan orang Sepanyol. Kentang goreng diperkenalkan orang Spanyol ke Belgium yang pada waktu itu masih berada di bawah kekuasaan Sepanyol.

Menurut Prof. Paul Ilegems yang menjawat sebagai kurator muzium kentang goreng Frietkotmuseum di Belgium, Santa Teresa dari Ávila memperkenalkan cara menggoreng kentang. Selain itu, cara memasak kentang dengan cara digoreng dipengaruhi oleh cara masakan Mediterranean



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012