Visit Lelong

10 Tasik Bawah Tanah Yang Tercantik

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia.

1 - Tasik Bawah Tanah Di Gua Mellisani
Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik Bawah Tanah Di Cheddar Gorge
Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap  manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik Bawah Tanah Di Hamilton Pool
Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik Bawah Tanah Di Reed Flute Cave
Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.

5 - Tasik Bawah Tanah Di Luray Caverns, Virginia
Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik Bawah Tanah Di Wookey Caves, England
Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.

7 - Tasik Bawah Tanah Di Lechuguilla Cave
Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik Bawah Tanah Di Macan Ché
Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik Bawah Tanah Di Mexico
Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.

10 - Tasik Bawah Tanah Di Banff, Kanada
Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012