Staf NASA Berambut Mohawk Jadi Popular Di Internet

FERDOWSI (kanan) yang mempunyai gaya rambut Mohawk duduk di dalam makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan di Pasadena pada Ahad lalu.

PASADENA, California - Seorang kakitangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bobak Ferdowsi menjadi popular selepas gambarnya yang menunjukkan dia mempunyai rambut gaya mohawak disiarkan di media, lapor beberapa laporan kelmarin.

Ferdowsi tidak menyangka dia akan menjadi popular selepas gambarnya di sebuah makmal NASA di sini disiarkan media.

Beberapa keping gambar menunjukkan pemuda itu berada di dalam makmal bagi memantau kenderaan robotik NASA, Curiosity mendarat di planet Marikh pada Ahad lalu.

Ferdowsi merupakan seorang kakitangan misi kawalan kenderaan robotik tersebut.

Pemuda itu mendapat jolokan sebagai lelaki mohawk NASA.

Gambar-gambarnya itu disiarkan di Twitter dan di blog bergambar Tumb1r.

Sebelum gambar itu disiarkan, Ferdowsi hanya mempunyai kira-kira 200 pengikut di laman Twitter.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, selepas gambar tersebut disiarkan, dia mempunyai 17,200 pengikut.

Ferdowsi turut menghantar mesej di laman Twitter berhubung popularitinya yang meningkat dengan mendadak.

"Jika mohawk saya memperoleh lebih ramai orang yang teruja tentang sains dan misi ini, ia mengagumkan."

Ferdowsi belajar di Sekolah Amerika di Tokyo, Jepun sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Washington.

Antara tahun 2001 dan 2003, dia belajar di Institut Teknologi Massachusetts.

Ferdowsi bekerja sebagai jurutera sistem di makmal NASA sejak sembilan tahun lalu.

Dia memainkan peranan penting dalam misi pendaratan Curiosity di Marikh.

Menurut akhbar The Guardian, seorang peminat wanita menghantar mesej di Twitter dengan menyatakan dia seorang yang comel, bergaya dan bijak.

Gaya rambut itu menggunakan nama mohawk yang merupakan penduduk asli di Amerikan Utara.

Menurut Ferdowsi, dia mengubah gaya rambutnya setiap kali NASA melancarkan misi ke angkasa lepas. - Agensi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012