Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal
selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen,
karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan
dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur,
boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan
gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang
sememangnya ada dalam usus besar.
Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus
besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria
yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah
bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.