CARLOS menari hip hop di sebatang laluan di Lisbon kelmarin.
LISBON - Seorang pemuda, Elizeu Carlos menari hip hop di jalanan untuk mendapatkan wang di sini.
Carlos, 22, terpaksa 'mencari makan' di jalanan selepas bilangan anak
muridnya untuk mempelajari tarian tersebut semakin merosot sejak dua
tahun lalu.
Bilangan tempahan untuk mendapatkan khidmatnya menari dalam beberapa
festival juga kian merosot ketika Eropah dilanda krisis kewangan.
Justeru, dia terpaksa menari di jalanan untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menyara kehidupannya. - Agensi