Dari catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa
ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi orang Mesir kuno
menggunakan linen sebagai sarung kemaluan untuk mencegah diri mereka
dari penyakit.
Tahun 1500 untuk pertama kali diperkenalkan diskripsi dan percubaan alat
mencegah penyakit berupa kondom di Itali. Ketika itu Gabrielle
Fallopius mengatakan menemui sarung terbuat dari bahan linen dan sarung
tersebut telah diuji cuba pada 1100 orang lelaki dan kini dikenali
sebagai kondom. Dari percubaan itu tidak satu pun dari mereka yang
mendapat jangkitan penyakit sifilis.
Penemuan itu membuktikan bahawa kain linen itu bermanfaat mencegah
jangkitan. Tetapi, pada satu masa selepas penemuan itu, kondom dikenali
sebagai alat mencegah kehamilan. Ini terjadi selepas beberapa dari
percubaan terhadap kain linen yang dibasahi dengan cairan kimia pada
tahun 1500. Ketika linen direndam dalam cairan kimia kemudian
dikeringkan dan dipakai oleh lelaki,hasilnya kain itu boleh mematikan
sperma.
Tahun 1700-an pula kondom diperbuat dari usus binatang. Perubahan bahan
itu membuatkan harga kondom menjadi lebih mahal dibanding dengan kondom
dari bahan linen. Ketika itu kondom dikenali sebagai ‘baju kemaluan dan
jaring labah-labah mencegah jangkitan.’ Kondom jenis itu boleh dipakai
secara berulang.
Dan akhirnya pada tahun 1861 untuk pertama kali kondom dikenalkan di
Amerika Syarikat dan disiarkan di The New York Times. Tahun 1880 kondom
dibuat dari lateks tetapi penjualannya secara meluas bermula sekitar
tahun 1930-an.
Menurut fakta pada tahun 1935 sebanyak 1.5 juta kondom dihasilkan setiap
hari di Amerika Syarikat. Kemudian tahun 1980-an dan 1990-an pasaran
kondom di Amerika Syarikat didominasi kilang kondom tempatan. Hanya pada
tahun 1987 barulah kondom buatan Jepun dengan kotak seperti Kimono
memasuki pasar Amerika. Kondom tersebut lembut tipis dan iklannya
menekankan bahawa kesenangan sama pentingnya dengan pencegahan.
Memasuki era tahun 1990-an muncul bermacam-macam jenis kondom dan juga
untuk pertama kali terhasilnya kondom polyurethane untuk penduduk dunia.
Fakta juga mengatakan pada tahun 1993 penghasilan tahunan kondom lateks
mencapai 8.5 juta!.