LONDON - Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya,
Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22
majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang
belum dilalui.
Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain
memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22
upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.
Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti
dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los
Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec,
di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia.