KUALA LUMPUR: Mereka inginkan tubuh cantik dan langsing persis
model, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila padah pula menimpa.
Lebih malang, ada yang sukar membuang air kecil dan air besar hampir
sebulan serta muntah darah, manakala tekak pula berasa panas.
Itulah kesan sampingan dialami Azlina Muhammad, 25, dan Muhammad Anas,
24, dua mangsa produk pelangsingan badan tiruan yang berlambak di
pasaran.
Ikuti pengakuan mereka yang mengharapkan pengguna lain lebih
berhati-hati dan tidak terkena perangkap sama berikutan sikap tidak
bertanggungjawab segelintir peniaga yang tergamak menjual produk tiruan
semata-mata mahu mengaut keuntungan mudah.