REMBAU – “Masih terngiang-ngiang di telinga saya ketika arwah menyatakan keinginannya untuk membentangkan karpet merah sebagai laluan bagi majlis perkahwinannya,” kata Nurul
Afika Mohd Syukri, 20, sepupu kepada mangsa kemalangan maut, Fairuzuddin Abd Rashid, 32, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.
Dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 224 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, mangsa yang merupakan kelindan lori maut di tempat kejadian, sementara bakal abang iparnya pula dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban kira-kira 5.30 pagi semalam.
Mangsa bersama bakal abang iparnya yang memandu lori dikatakan dalam perjalanan pulang ke Melaka setelah menghantar barang di Kuala Lumpur dan dikatakan merempuh bahagian belakang lori treler membawa muatan papan.
Menurut Nurul Afika, dia berasa sangat terperanjat sebaik menerima berita kematian sepupunya itu dan tidak menyangka perbualan serta gurauan mereka sekeluarga petang semalam (kelmarin) merupakan gurauan terakhir.
“Selain itu juga, arwah mahu membuat pelamin di luar rumah dan kononnya mahu menutup jalan di rumahnya dekat Bukit Beruang, Melaka," katanya.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Sabura Mohamed, 45, berkata, arwah baru sahaja mengikat tali pertunangandengan gadis pilihannya dari Merlimau, Melaka pada 6 Mei lalu dan dijangka bakal berkahwin hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Menurut keluarga mangsa, mereka sekeluarga terkejut sebaik pulang ke rumah selepas selesai berniaga kira-kira 12 tengah malam apabila mendapati kediaman sudah bersih dikemas mangsa.
Katanya, mangsa jarang mengemas rumah sekiranya bekerja dan hanya melakukannya pada hari cuti.
Sementara itu, pemandu treler berkenaan, Tee Ah Sui, 68, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat bagi menghantar muatan papan atau kayu dan terkejut sebaik terdengar bunyi dentuman kuat.
“Saya cepat-cepat meninjau ke belakang dan terkejut melihat kedua-dua mangsa iaitu pemandu dan kelindan sedang merintih menahan kesakitan akibat tersepit,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai merempuh belakang treler membawa muatan papan, sementara sebuah lagi lori dari belakang gagal mengelak dan turut melanggar belakang lori mangsa.
Katanya, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian.
Operasi diketuai Ketua Operasi, Mustapha Ahmad itu mengambil masa kira-kira lima minit sebelum kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.