Visit Lelong

Balut Tubuh Dengan 10 Meter Kertas Jawapan

ASTANA: Seorang pelajar Kazakhstan membalut dirinya dengan kertas bercetak 25,000 jawapan sepanjang 10 meter bagi ‘membantunya’ menjawab soalan peperiksaan memasuki universiti.

Austrian Times semalam melaporkan, pelajar itu menduduki peperiksaan beberapa subjek, termasuk matematik, sejarah, bahasa Russia dan Kazakhstan.

Ekoran cubaan menipu itu, pelajar terbabit diarah keluar dari dewan dan tidak dibenarkan meneruskan peperiksaan.

Kementerian Pelajaran berkata, pelajar itu sepatutnya tidak bermasalah untuk lulus peperiksaan jika berusaha sedikit untuk menelaah pelajaran. - DM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012