KOTA KINABALU: Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas
pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah
yang cuba meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia
City, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun
bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal
siasatnya ketika menunggu pelanggan di tempat parkir kenderaan
berhampiran kawasan itu.
Sebaik dihampiri polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu
itu, mak nyah terbabit cuba melarikan diri dan mula bertindak agresif
dengan meronta-ronta apabila hendak ditahan.
Biarpun cuba ditenangkan, mak nyah tetap berkeras dan masih cuba
melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan dua anggota polis yang
cuba menahannya.
Insiden tarik menarik, pergelutan itu berlarutan hingga ke tengah jalan raya berhampiran Kompleks Asia City.
15 Minit Lawan Kudrat Mak Nyah
4:58 PM
RojakCampur