Visit Lelong

Pasangan Cuba Jual Anak $25 Dolar



Amerika Syarikat – Terima padah. Akhirnya seorang wanita yang cuba menjual bayinya sendiri dengan harga $25 dolar di luar sebuah pasar raya, dihukum penjara selama empat tahun.

Samantha Tomasini dan pasangannya, Patrick Fousek ditahan pada Jun tahun lalu.

Sementara Fousek pula, dikenakan pemerhatian selama empat tahun dan ditempatkan di pusat pemulihan dadah.

Kedua-duanya dihukum selepas mengaku salah atas dakwaan membahayakan kanak-kanak.

Menurut pendakwaraya, Tomasini dan Fousek merupakan penagih dadah dan mereka dikesan positif dadah ketika ditangkap.

Budak berkenaan yang berusia lapan bulan ketika cuba dijual, kini ditempatkan bersama keluarga angkat.

Pasangan itu ditahan selepas Fousek menghampiri dua wanita dan bertanyakan sama ada mereka mahu membeli anaknya dengan harga $25.

Pada mulanya, kedua-dua wanita itu menyangka pasangan itu bergurau namun selepas beberapa kali didesak membeli anaknya, mereka membuat laporan polis.

Selain itu polis juga menerima laporan Tomasini memaklumkan kepada Pekrhidmatan Perlindungan Kanak-kanak bahawa dia telah menyusu bayi itu ketika di bawah pengaruh dadah.

Fousek sebelum ini telah didapati bersalah kerana membahayakan anaknya dan telah dihukum penjata selama enam tahun di penjara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012