Bagi mereka yang berada dalam bidang hiburan, pelbagai cara sanggup digunakan untuk menempa nama dalam industri.
Ada yang sanggup bergaduh, cucuk sana sini malah, ada yang sanggup mencipta kontroversi.
Sebaliknya
berlaku pada seorang artis dari Korea Selatan ini apabila dia telah
membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi
fotografi.
Lee Hyori yang merupakan penyanyi dari Korea Selatan
bertindak berani untuk melakukan aksi ‘panas’ itu walaupun sudah
mempunyai teman lelaki.
Keyakinan Lee Hyori untuk membuktikan
dirinya masih seksi dengan beraksi ghairah mampu menawan hati lelaki
yang melihat tubuhnya.
Sesi
fotografi itu dijalankan untuk pakaian musim luruh Calvin Klein Jeans
& Underwear bagi sebuah majalah popular iaitu L’Officiel Hommes.
Wanita berusia 33 tahun itu beraksi bersama model lelaki yang tidak asing lagi dalam bidang pengiklanan, Matthew Terry.
Matthew
yang agak lama berada dalam dunia pengiklanan fesyen mengakui yang dia
senang bekerja dan suka akan sikap professional Hyori.
Selain itu,
Matthew turut mengakui yang dia dan Hyori mempunyai ‘chemistry’,
walaupun itu merupakan sesi fotografi kali pertama mereka.