Visit Lelong

Agnes Monica Belum Terfikir Soal Cinta

PENYANYI bertaraf antarabangsa, Agnes Monica menjelaskan masih belum memikirkan soal cinta kerana buat masa ini lebih mementingkan soal kerjaya.

Agnes berkata, dia juga tidak mahu bercakap soal lelaki kerana menganggap ia adalah isu peribadi.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai soal cinta atau lelaki secara terbuka kerana perkara itu bukan untuk pengetahuan umum dan mereka tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi saya.

"Bagaimanapun buat masa sekarang perkara itu tidak menjadi keutamaan kerana kerjaya adalah lebih penting," katanya kepada media Indonesia.

Penyanyi lagu Matahariku itu turut mengakui dia tidak memikirkan tentang cinta kerana masih belum bertemu dengan pasangan yang sesuai dengannya.

Ditanya mengenai pasangan idamannya, Agnes enggan menjawab secara spesifik soalan tersebut sebaliknya memberitahu lelaki itu nanti mestilah sesuai dengan keperibadiannya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012