Walaupun telah terbukti pasangannya banyak melakukan
kesalahan,berbohong,menipu malah melakukan kecurangan,kebanyakan wanita
kadangkala begitu sukar dan tidak sanggup memutuskan hubungan.
Sesetengah wanita juga sanggup menderita,memendam perasaan demi mempertahankan hubungan yang terjalin walaupun hati benar-benar sakit dan terluka oleh sifat dan sikap buruk pasangan.
Apa sebenarnya yang membuat kebanyakan wanita sedemikian?Adakah kerana terlalu cinta atau apa?
Jom kita semak jawapannya seperti apa yang dipaparkan dibawah..
4 Sebab Mengapa Wanita Sukar Putuskan Hubungan Cinta
Tetap Mengharap Pasangan Berubah
Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata.Meskipun sekian lama memendam rasa,wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak.Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah.Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak.
Menganggap Pasangan Amat Perlukan Dirinya
Tidak kurang wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan,jika hubungan putus,pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan.Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk,hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya.Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri.Begitu juga wanita,seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum memikirkan orang lain.
Berfikir Tak Dapat Mencari Pasangan Yang Lebih Baik
Selalu berfikir negatif dan takut tiada pengganti yang lebih baik menjadikan wanita terbiasa dengan perlakuan buruk pasangannya.Biarpun hati sukar menerima segala pembohongan dan kecurangan pasangan,tetapi kerana mahukan perhatian dan kasih sayang,kebanyakan wanita sanggup mengetepikan perasaan dirinya.Sepatutnya wanita perlu lebih berani untuk keluar dari kebiasaan yang menyakitkan dan mencari kebahagiaan sendiri.
Takut Bersendiri
Kebanyakan wanita takut menghadapi kesunyian jika tidak memiliki pasangan malah takut dirinya akan menjadi andartu hingga sanggup meneruskan hubungan yang kurang baik.Sikap kurangnya keyakinan dan percaya diri sendiri membuatkan wanita bergantung harap pada orang lain dan takut untuk menjalani hidupnya sendiri.
Semestinya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang bersangkutan.Namun,kesemua sebab yang dipaparkan diatas diyakini merupakan sebab-sebab utama membuatkan kebanyakan wanita tetap bertahan walaupun hubungan yang dijalinkan membawa lebih penderitaan daripada kebahagiaan.