NIBONG TEBAL – Siapa sangka usaha keras seorang lelaki bekerja siang
malam mengumpul wang untuk ke jinjang pelamin dua minggu lalu
rupa-rupanya diperoleh hasil daripada 58 kegiatan pecah rumah sejak dua
tahun lalu.
Tembelang pengantin baharu itu pecah setelah suspek bersama seorang lagi rakannya dicekup polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada Ahad lalu berikutan kes-kes pecah rumah di daerah ini, Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, kedua-dua sahabat itu ditahan selepas polis menemui bukti mengaitkan pembabitan mereka dalam kes-kes pecah rumah yang dilaporkan sejak awal tahun lalu.
Menurut beliau, suspek pertama berusia 26 tahun yang baru dua minggu berkahwin ditahan di rumahnya di Sungai Duri pukul 5 pagi manakala rakannya berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Parit Kasa pukul 11 malam.
“Jarak antara rumah kedua-dua suspek itu adalah 22 kilometer dan mereka dipercayai sudah bersahabat sejak sekian lama,” kata beliau.
Menurut beliau, suspek pertama itu mengaku dia melakukan kes-kes pecah rumah sejak dua tahun untuk mengumpul wang bagi majlis pernikahannya yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.