LUKA...tangan Md Amin cedera terkena parang.
ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik air.
“Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh diam.
“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md Amin.