Visit Lelong

Kilafairy Buka Butik 'Rack'

SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menjelaskan pembukaan butik 'Rack' yang dimiliki bersama kakaknya iaitu, Shakira Idora adalah sebagai satu permulaan agar masa depan hidupnya lebih terjamin.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan berkata, nasib dirinya sebagai pelakon dan penyanyi masih belum menentu dan sebagai persediaan dia perlu bermula daripada sekarang untuk merancang masa depannya dengan berniaga.

"Akan sampai satu tahap nanti mungkin saya tidak diperlukan lagi dalam industri seni dan saya perlu bersedia untuk itu. Perniagaan butik pakaian adalah yang paling saya minati dan kebetulan bidang yang saya ambil semasa di universiti adalah pemasaran fesyen.

"Segala apa yang saya pelajari sebelum ini telah dicurahkan untuk butik Rack dan berharap ia akan mendapat sambutan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran butik tersebut di sini, Rabu.

Butik Rack terletak di The USJ City Mall, Subang Jaya yang antara lain turut menyediakan pelbagai pakaian, kasut dan aksesori wanita.

Dalam pada itu Kilafairy berkata, keistimewaan produk di butiknya apabila rekaan yang ditampilkan adalah berlainan serta berbeza di antara satu sama lain.

Dia juga turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.

"Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci. Ia telah memberi idea untuk saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu jenama asli Rack," ujarnya.

Sementara itu, Kilafairy memasang azam untuk membuka beberapa lagi cawangan termasuk butik khas untuk lelaki.

Malah dia berharap Rack akan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan dapat memperkenalkan produk itu di luar negara.

Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal berangkat ke Melbourne, Australia awal Julai depan selama sebulan kerana mahu menghantar kakaknya yang melanjutkan pelajaran sambil mengambil kesempatan bercuti di negara itu.

"Sambil bercuti boleh juga mengintai peluang atau mencari idea bagi mempelbagaikan produk Rack," ujarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012