Remaja yang berusia 16 tahun ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu,
semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi.
semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi.
KUALA TERENGGANU - Apa sudah jadi remaja sekarang. Seorang remaja bawah
umur yang tidak bersekolah ‘kantoi’ ketika mengintai jirannya sedang
mandi dalam satu kejadian di Kampung Tanjung, di sini, pada 26 Januari
lalu.
Lebih malang, remaja berusia 16 tahun itu berjaya dicekup suami jirannya
itu sendiri, setelah perbuatan tersebut disedari mangsa yang berumur 27
tahun.
Berikutan kejadian itu, remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan
itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan
dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai
mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini,
kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil
1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda
tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan
dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul
Hayyi Salim.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed
Esa manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.
Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan
semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak
tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin