SUBANG JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap pertelingkahan yang berlaku
di antara dua rakannya iaitu Neelofa dan Anzalna sebagai perkara kecil
dan boleh diselesaikan.
Izara, 20, berkata, dia berharap kedua-dua pelakon itu dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan baik tanpa pergaduhan kerana ia adalah satu perkara remeh selain boleh memalukan mereka.
"Sejujurnya saya tidak faham apa yang menggagu mereka sehingga berlaku perbalahan ini.
"kedua-duanya sudah mengecap populariti dan berada dalam kedudukan tersendiri.
"Sebagai kawan saya berharap mereka berfikir panjang sebelum mengatakan sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari di sini pada Selasa.
Izara berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan Neelofa dan Anzalna namun tidak mahu terus melihat mereka bertengkar mengenai perkara remeh.
Dalam pada itu, Izara memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua pelakon tersebut sejak mereka sama-sama menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010.
Kata Izara, walaupun kes perselisihan faham antara mereka bukan rahsia semenjak pertandingan itu tetapi dia tidak pernah masuk campur dalam isu mereka berdua.
"Mereka adalah kawan saya dan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan saya lebih senang buat hal sendiri.
"Namun saya berharap mereka dapat berbaik-baik kerana masing-masing sudah besar dan mempunyai nama dalam industri," ujarnya.
Sementara itu, Izara berpendapat golongan artis tidak perlu menggunakan medan laman sosial seperti Twitter atau Facebook untuk menghentam orang lain atau menyatakan sesuatu yang tidak penting.
Ini kerana katanya, peminat dan masyarakat sentiasa memerhati dan menilai sikap seseorang artis yang akhirnya akan merugikan mereka.
"Twitter dan Facebook itu adalah hak mereka dan boleh buat apa sahaja yang mereka mahu tetapi fikir dahulu sebelum meletakkan sebarang status atau komen kerana ia mungkin tidak disenangi oleh orang lain," ujarnya.