Visit Lelong

Satanic 666 Burger - Burger Termahal Di Dunia


666 Burger di New York ini menawarkan burger berharga US$ 666 yg dipanggil Douche Burger memecahkan rekod harga burger termahal di dunia.

Thrillist describes the Douche Burger as "a $666 edible fiscal disaster that piles caviar, lobster & truffles on top of a foie-stuffed, gold-leaf-wrapped Kobe patty, smothers it with Gruyere melted with Champagne steam, and finishes it off with BBQ sauce made using Kopi Luwak coffee that's passed through the digestive tract of the Asian Palm Civet." 







Privasi Girls Generation Di Ceroboh


BERGELAR selebriti mungkin menjadi impian ramai di Korea, namun di sebalik populariti yang diterima, mereka harus mengorbankan privasi diri sendiri.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh kumpulan Girls Generation yang menjadi mangsa apabila nombor telefon bimbit mereka dijual pada harga RM12,000 (USD4,000).

“Nombor telefon kami dijual sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menjual nombor tersebut secara online dengan harga yang tinggi.

“Bagi mereka yang inginkan nombor lebih dari seorang anggota kumpulan ini, mereka akan mendapat diskaun,” ujar anggota kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, sindiket itu telah pun berdepan dengan tindakan dan laman web itu diarah tutup oleh pihak berkuasa.



Neelofa Jadi Duta Produk Tilam


Tuah manusia siapa yang tahu. Neelofa memang terkenal dan diminati ramai, lakonannya menjadi perhatian apatah lagi memiliki auranya tersendiri.

Dengar-dengar daripada sumber yang boleh dipercayai yang dia kini sedang beralih angin ke bidang nyanyian nak jadi penyanyi, dan kini sedang mengikuti kelas-kelas vokal untuk persediaan itu nanti.

Baguslah kalau macam itu, memang suara Neelofa pon apa kurangnya, boleh jadi artis serba boleh nanti.

Dan difahamkan dia juga sering mendapat tawaran untuk beberapa produk terkenal. Dah memang sah Neelofa merupakan aset paling berharga dalam duta-duta ni, dah banyak dia jadi duta produk syarikat. Yang terbaru adalah produk untuk tilam.

Selain itu juga korang boleh lihat gambar sampingan Neelofa ketika dia tengah buat shooting untuk drama ‘Kau yg terindah” arahan Erma Fatimah, dan beberapa gambar yang dikatakan ada kaitan dengan iklan produk lain.
 







Durian: 10 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu


1 - Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50 kcal. Tidaklah tinggi sangat.

2 - Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.

3 - Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus

4 - Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

5 - Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

6 - Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.

7 - Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)

8 - Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

9 - Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

10 - Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.





Lahar Api Dari 'Pintu Ke Alam Neraka'

ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.

Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.

Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .

Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.




'Tandas Terbesar' Dunia Di India


GAMBAR fail menunjukkan seorang pekerja perkhidmatan kereta api India memeriksa
landasan di Mumbai pada 13 Julai lalu. Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api.

NEW DELHI - Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai 'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas.

"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India.

Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari.

Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. - AFP



Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook


DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya. 



Sifat Seseorang Melalui Cara Dia Merokok


1. Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan, dia mula nyala rokok.
Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka. Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri.

Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan. Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke, menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya. Jadi apabila rokok berada di jari, segala-galanya terjawab.


2. Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni. Apa sangat la setakat rokok tu. Diorang ni taktikal juga. Diorang ingat taktik pau balik padahal ada rokok sendiri tu tak dapat dikesan
Lepak kat kedai makan keluar rokok sebatang lepas tu simpan balik rokok dalam kocek seluar. Lepas tu nak hisap lagi, keluar lagi dan simpan semula dalam kocek.
Yang ni pula jenis sistematik dan boleh dikatakan hek eleh kedekut sangat macam la orang lain takde rokok. Ada besar kemungkinan 20 batang rokok di dalam kotak adalah cukup-cukup bagi mereka untuk satu jangkamasa. Pengaliran rokok kepada orang lain akan menyebabkan bajet lari dan terpaksa membeli rokok lain. Mungkin juga kerana faktor kewangan sebab kadang-kadang fenomena ini berlaku hanya sekali-sekala dan apabila kewangan kukuh kita boleh nampak rokok mereka di atas meja.
Lepak kedai makan, rokok stail rilek saja letak atas table.
Tak kira rokok kecil atau rokok besar, diorang tetap letak atas meja. Biasanya mesti ada makhluk makhluk yang jenis ambil sambil berbual buat tak faham. Tapi biasanya owner-nya pun rilek saja dan tak menghalang. Tapi bila kelakuan tu dah berulang-ulang, muka owner akan jadi lari tune sikit walaupun tersengih. Orang jenis macam ni memang bagus. Tak berkira. Tapi kena berhati-hati sikit. Orang suka ambil kesempatan. Kalau buka bisnes mesti ramai berhutang. Lagi-lagi member member sendiri. Tapi kadang-kadang tu ada pula jenis saja letak rokok atas meja kononnya nak bagi satu dunia tahu dia hisap rokok jenama apa.

3. Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat . Tengok keadaan juga. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu. Orang jenis macam ni bagus. Tak ego. Tak sombong. Tak kisah orang nak cakap apa. Semangat jatidiri pun kental dan mempunyai prinsip hidup. Walau bagaimana pun diorang ni jarang ada awek.

4. Hisap rokok sikit, boring, buang @ hisap rokok, nasi goreng atau bas sampai, terus buang padahal baru nyala.
Diorang ni jenis sombong dan egois. Kadang-kadang tu jenis tak sedar diri dan suka membazir. Diorang ni malu nak tunjukkan status diri yang sebenar. Hipokrit. Duit tak ada buat-buat macam ada duit. Bila duit banyak, boros. Berlagak macam kaya. Jaga-jaga kalau diorang nak pinjam duit.

5. Hisap Selagi Ada
Jenis macam ni memang cool dan mementingkan kesempurnaan. Selagi ada rokok diorang hisap. Golongan ni tak berkira sangat pasal duit. Janji mereka dapat kepuasan daripada apa yang dilakukan. Orang macam ni memang sebati dengan asap rokok dan bau rokok. Mereka juga tergolong dalam kumpulan tak berkira sangat bab bab kena pau rokok. Bagi perokok, ada baiknya berdamping dengan golongan macam ni. Tapi bagi awek-awek yang mempunyai teman lelaki ber-trend begini, cuba cuba la nasihat sikit supaya risiko untuk menjadi janda menurun.

5. Hisap rokok time berborak dalam kumpulan kecil di table kedai makan tapi hembus asap ke tepi.
Hah yang ni pula jenis penyayang. Seorang yang caring.Diorang ni jenis tak suka menyusahkan orang lain dan mungkin jenis pemalu atau penakut. Tapi diorang ni memang jenis orang baik-baik. Tahu asap rokok ni boleh membahayakan orang sekeliling dan sanggup berkorban mengherotkan mulut demi kesihatan orang lain di persekitaran. Bagi mereka biarlah sendiri buat, sendiri tanggung dan jangan ada yang terkorban kerana perbuatan sendiri.

6. Hisap rokok jenis hembus merata
Ini jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang. Tahu nak laju saja. Tapi yang orait sikit, diorang ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Rasa hormat kat orang tak ada. Pentingkan diri sendiri dan tak ada nak fikir depan dia ada mat-mat yang tak hisap rokok ke, mat-mat SXE ke, atau perempuan mengandung. Elok sound je…

7. Hisap rokok mulanya bukan main eksyen.
Lepas tu tiba-tiba saja tangan letak kat bawah dan cover rokok. kalau dalam gelap, cover bara rokok.
Yang ni jenis penakut atau dengan kata lainnya, tak dapat lesen besar lagi dari mak bapa. Jadi haruslah golongan ini disayangi oleh mak bapa diorang. Cuma diorang saja yang tak sedar diri dan mengada-ngada cakap mak bapa mengongkong. Ada kemungkinan juga takut awek atau wanita yang dah lama dia marking (ala-ala ustazah) nampak seterusnya menyebabkan reputasi jatuh atau kekecewaaan. Ini juga membawa kepada sikap hipokrit, tak jujur dan tak yakin dengan imej kendiri.

8. Rokok jenis beli batang lepas tu keluar rokok dari kocek dah kempis kempis bengkok sambil lurut lurut rokok perlahan-lahan kasi straight.
Yang ni aku dah jarang jumpa. Masa sekolah sekolah selalu la nampak. Mungkin ramai orang sekeliling aku dah meningkat taraf hidup. Diorang ni mungkin juga dalam golongan tak dapat lesen mak bapak. Ye la kalau beli yang kotak kang, mak dia jumpa dalam poket seluar puas pula nak menjawab. Rokok member la, rokok drebar bas tertinggal dalam kocek la. Diorang ni bagus dan boleh diharap. Kalau kita kasi rokok, akan datang kita akan mendapat habuan dari diorang ni atas sikap bersyukur dan menghargai pemberian orang lain.

9. Hisap rokok makan cokelat angin.
Taktikal. Atau mungkin takut kegiatannya dapat dikesan pihak bertanggungjawab. Atau mungkin mahu mem-balance-kan mulut supaya dalam keadaan selesa dan seterusnya membuka selera untuk hisap lagi sebatang dan sebatang.


Tetak Guna Parang Palsu

GOMBAK: Sepasang warga emas dan empat ahli keluarganya berdepan detik cemas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, awal pagi kelmarin menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki.

Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang.

“Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.

“Saya ditolak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak perempuan, menantu dan cucu lelaki saya yang sedang tidur. Lelaki itu turut mengarahkan isteri serta anak lelaki saya yang tidur di bilik berasingan masuk ke bilik itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, semalam.



Gambar Percikan Air Yang Sungguh Menakjubkan

Markus Reugeles ialah seorang jurugambar yang juga seorang pakar speed movement kamera telah membuktikan percikan air juga juga boleh dijadikan sebuah seni yang paling menakjubkan sekali.

Dia menggunakan Shutter Speed yang begitu laju sehingga mampu mengambil gambar dengan kelajuan mencecah 1/16 sesaat setiap snapshot gambar.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012