RACHEL dan anaknya, Zach. Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach (gambar kecil).
SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan
dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik
tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh
dimakan’ oleh kanak-kanak itu.
Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang
terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu
kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford,
melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas
semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.
Matlamat kempen mengutip derma ‘Beri Zach Masa Depan Yang Selamat’ ialah
untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga 15,000 (RM75,000) di
kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.
Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.
Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit
berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh
dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri
Torchwood, Paul Copley.
Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.
‘Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu,” kata Rachel.
Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat
memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam,
ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.
Setakat ini, 3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.
Satu lagi tajaan acara jalan kaki sejauh lapan kilometer dari Selfridges
di Trafford Centre ke Exchange Square di bandar Manchester akan
diadakan Ahad ini. - DM
Ads 2 - 30 Saluran TV Hanya RM30?