1 - Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori
dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50
kcal. Tidaklah tinggi sangat.
2 - Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi
kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
3 - Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan
mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan
potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan
jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi calcium dan
phosphorus
4 - Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
5 - Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu
bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih
kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
6 - Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan
badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai
diabetes atau tekanan darah tinggi.
7 - Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan
badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya
anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
8 - Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian
semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal
pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
9 - Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi
amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon
serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih
“ringan” dan lebih tenang.
10 - Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan
untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali
jalan tidaklah terus sangat.
Ads 2 - 30 Saluran TV Hanya RM30?