Golongan gay yang tinggal di Chueca, Madrid berasa gembira kerana
‘fitrah’ dan naluri perasaan mereka disambut oleh penduduk-penduduk di
sekitar kawasan bandar itu.
Pada 28 Jun yang lepas, gologan gay telah berkumpul dan berhimpunan di
Chueca untuk menyertai sambutan ‘Gay Pride’ yang diadakan setiap tahun
di negeri itu.
Untuk sambutan kali ini, pengunjung-pengunjung yang hadir di upacara
tersebut berpeluang melahirkan identiti mereka dengan menyertai
pertandingan larian dalam salah satu acara sambutan itu.
Cuma, para peserta yang mengambil bahagian dalam larian itu perlu
memakai kasut tumit tinggi tidak kiralah bagaimana corak kasut atau
ketinggian tumit yang dipakai.
Para peserta juga dikehendaki berlari dengan jarak yang ditetapkan oleh
penganjur dan dilarang menanggalkan kasut tumit tinggi yang dipakai.
Begitulah sambutan yang diamalkan di negara itu bagi menyokong dan
menghargai golongan gay yang ada dalam kelompok masyarakat mereka.
Dalam upacara itu juga, setiap perkara yang dilakukan oleh setiap pengunjung juga bebas untuk dilakukan.