KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan
yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang
bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat
Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia
Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di
Malaysia.
Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan
pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk
melancong atau urusan perniagaan.
Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan
sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri
daripada masyarakat Timur Tengah.
Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
Ads 2 - 30 Saluran TV Hanya RM30?