Aktres Bollywood, Keluarga Mati Ditembak

Mumbai: Aktres Bollywood, yang pernah mendampingi pelakon veteran, Rajesh Khanna, dalam filem Wafaa, Laila Khan, dan keluarganya ditembak Februari tahun lalu selepas hilang selama hampir setahun, dakwa polis, yang dipetik stesen televisyen NDTV.

Bapa Laila membuat laporan kepada polis selepas berbulan-bulan tidak mendengar berita daripada anak perempuannya.
“Laila dibunuh bersama seluruh anggota keluarganya oleh tiga lelaki di Mumbai. Pendedahan dibuat oleh rakan rapat keluarga itu, Parvez Tak yang ditahan polis berikutan kejadian. Polis Mumbai sudah pun ke tempat jenayah yang didedahkan Tak,” kata stesen televisyen itu.

Laila atau nama sebenarnya, Reshma Patel, dikatakan mengahwini Munir Khan, anggota pergerakan pemberontak Bangladesh, Harkat-ul-Jihad al-Islami.

Menurut laporan, Skuad Antikeganasan Maharashtra (ATS) mengesyaki Laila mempunyai kaitan dengan agensi pengintipan Pakistan (ISI) dan kumpulan Lashkar-e-Taiba (LeT).

Kenderaan jenis SUV pelakon itu didakwa digunakan untuk mengangkut bahan letupan yang digunakan mengebom Mahkamah Tinggi New Delhi pada September 2011. Laila juga didakwa membekalkan LeT dengan maklumat mengenai Mumbai.
Pada Julai 2011, berita melaporkan keluarga yang hilang itu dikesan di Kishtwar, di Jammu dan Kashmir sempena perkahwinan Tak tetapi menghilang sekali lagi tidak lama kemudian. - Agensi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012