Bagi korang yang suka sangat dengan minuman ini, lihatlah kegunaan lain dari minuman ini ....
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Alaa.., macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka gunakannya?
Korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang
serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana
ianya mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan
lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki
itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki
yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua
sebab hakisan/karat. Hehe...
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman
ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho,
Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! (Macam Keluarga 69).
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang jadinya
perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang! haha...
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah
pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas-pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta
yang menarik ini?
Ads 2 - 30 Saluran TV Hanya RM30?