Visit Lelong

Scarlett Terima Bayaran Paling Lumayan Untuk Avengers 2


LOS ANGELES: Aktres seksi, Scarlett Johansson, bakal menjadi pelakon yang diberi bayaran tertinggi bagi sebuah filem, mengatasi pemegang rekod sebelum ini, Angelina Jolie.

Scarlett, 27, dijanjikan menerima bayaran £13 juta (RM63.9 juta) bagi menjayakan watak Black Widow dalam filem Avengers 2.

Angelina pernah dibayar £12.2 juta (RM59.9 juta) ketika dia menjayakan filem The Tourist pada 2010.

Menurut media, penerbit Avengers 2 mahukan Scarlett membintangi filem berkenaan selepas Avengers Assemble menjana pulangan £936 juta (RM4.6 bilion) dan menjadi filem ketiga paling banyak membuat kutipan dalam sejarah.

Sumber berkata, Scarlett kini menjadi bintang paling popular di Hollywood dan kemunculannya dalam Avengers 2 menjadi satu kemestian. “Penerbit filem berpendapat, sebagai satu-satunya wanita memegang watak utama dalam filem itu, penonton lelaki menemui apa yang mereka inginkan - tarikan cerita dan seks.

“Scarlett juga disenangi pengkritik,” katanya. Menurut sumber, semua pihak yakin Scarlett akan menandatangani kontrak penerbitan Avengers 2 yang akan bermula pada tahun depan. - TS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012