Visit Lelong

Warga Asing Tak Lagi Dibenar Jadi Penari Bogel

OTTAWA: Penari bogel warga asing tidak lagi dibenarkan mendedahkan payu dara dan menggoyangkan pinggul mereka di negara ini, kata Menteri Imigresen, Jason Kenney, semalam.

Warga asing yang berhasrat untuk bekerja di kelab penari bogel, sebagai teman sosial dan di rumah urut tidak lagi akan memperoleh permit kerja sementara mulai 14 Julai ini, kata Kenney dalam satu kenyataan.

Perubahan polisi bertujuan “melindungi pekerja asing daripada risiko penderaan dan eksplotasi dalam perniagaan berkaitan dengan perdagangan seks.” Ia termasuk dalam undang-undang belanjawan pelbagai yang lulus bulan lalu. Kementerian Sumber Manusia Kanada semalam juga mendedahkan peraturan baru yang mencegah majikan yang mempunyai kaitan dengan perdagangan seks daripada mengambil pekerja asing sementara.

Kegagalan kerajaan untuk mengharamkan penari bogel asing pada 2007 ekoran bantahan daripada pemilik kelab di negara itu yang menyatakan mereka bergantung kepada pengambilan pekerja dari Eropah Timur dan Asia untuk menghiburkan tetamu. “Mereka cantik, eksotik dan sangat profesional,” kata seorang daripada pemilik kelab kepada media ketika itu. “Mengharamkan mereka bekerja di Kanada hanya memberi mereka kurang pilihan untuk mengelak daripada hidup dalam kemiskinan di negara mereka,” katanya.

Beberapa kelab kini berkata, mereka hanya mengambil penari bogel tempatan. - AFP 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012