TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab
dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan
parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas
dinasihati supaya berpuasa.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang
penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan
juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan
mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri
dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak
berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat
hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas
Ads 2 - 30 Saluran TV Hanya RM30?