Justin Bieber Disaman Kerana Memandu Laju


LOS ANGELES: Penyanyi Justin Bieber disaman oleh pihak berkuasa pada Jumaat (waktu tempatan) kerana kesalahan memandu kereta sport miliknya, Fisker Karma melebihi had laju yang ditetapkan.

Laman tmz.com melaporkan, bintang berusia 18 tahun itu ditahan oleh polis selepas didapati memandu pada kelajuan melebihi 100 batu sejam di Lebuh raya Southland, California di sini.

Difahamkan, Bieber memandu laju kerana cuba mengelak daripada paparazi yang mengekorinya.

Pegawai penguatkuasa bandaraya Los Angeles, Dennis Zine berkata, orang awam menghubungi pihak polis sejurus melihat penyanyi itu memandu dalam keadaan laju.

“Bieber memandu seperti orang gila. Dia mencelah-celah di dalam kesibukan trafik di lebuh raya itu.

"Hakikatnya, memang tiada ruang yang banyak di antara kereta-kereta di atas jalan ketika dia mencelah-celah daripada satu lorong ke lorong yang lain,” katanya seperti dipetik laman itu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012