Visit Lelong

Manusia Paling Berat Di Dunia

Dalam sejarah manusia, terdapat 5 individu yang mempunyai berat badan melampau iaitu melebihi 500kg. Baca dan lihat senarai di bawah. Ambil iktibar daripada kisah mereka dan mula amalkan gaya hidup yang sihat.

Rosalie Bradford 
- Dia memang suka makan sejak kecil. 
- Ketika berumur 14 tahun, beratnya mencapai 92kg. 
- Ketika berumur 15 tahun, beratnya meningkat kepada 140 kg. 
- Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544kg. 
- Dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya. 
- Meninggal pada umur 63 tahun. 

Walter Hudson 
- Dilahirkan di Brooklyn, New York. 
- Berat masimum dicapai adalah 544kg. 
- Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya. 
- Pernah mengatakan "I just eat and enjoyed it!!!" 
- Dia juga telah meninggal dunia pada umur 46 tahun. 

Manuel Uribe 
- Terlantar di katil selama 9 tahun (2001-2009) 
- Pernah berkahwin pada 26 oktober 2008. 
- Pernah membidas orang yang menghinanya dengan mengatakan "I am proof you can find love in any circumstances. It’s all a question of faith. I have a wife and will form a new family and livea happy life”. 
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 597kg. 
- Meninggal dunia pada umur 47 tahun. 

Jon Brower Minnoch 
- Gemuk sejak dari kecil. 
- Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg. 
- Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda. 
- Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak. 
- Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg. 
- Meninggal dunia pada umur 42 tahun. 

Carol Yager 
- Orang paling berat dalam sejarah manusia. 
- Disebabkan dijangkiti bakteria, dia dimasukkan ke hospital. 
- Dia tidak mampu untuk berdiri ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya. - Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 727kg. 
- Dia maeninggal pada umur 34 tahun disebabkan penyakit buah pinggang, kegagalan organ berfungsi dan obesiti melampau

7 Lanskap Semula Jadi Paling Pelik di Dunia

Antelope Canyon,USA 

Hutan Batu, China 

Batu Moeraki, New Zealand 

Taman Negara Göreme, Turkey 

Rio Tinto, Sepanyol 

Bukit Coklat, Filipina 

Pulau Socotra , Yaman

Bond Jalani Penggambaran Di Turki

CRAIG menghadiri majlis sidang akhbar filem terbaharu James Bond di Istana Ciragan, Istanbul kelmarin.

ISTANBUL - Pengarah yang memenangi Anugerah Oscar, Sam Mendes menyatakan dia tidak akan mengarahkan filem terbaharu James Bond, Skyfall jika Daniel Craig enggan membintangi watak utama sebagai ejen 007.

Menurutnya, Craig mampu membawa watak Bond itu dengan baik.

Watak perisik Britain itu adalah berdasarkan novel yang dihasilkan Ian Fleming pada tahun 1953.

"Apa yang dihasilkan oleh Fleming ialah watak yang amat rumit.

"Sebahagian daripada perlakuan watak itu telah dilakukan dalam filem ini kerana Craig sebagai aktor mampu melakukannya," kata Mendes yang juga berasal dari Britain di sini kelmarin.

Mendes yang memenangi Oscar menerusi filem American Beauty pada tahun 1999.

Filem terbaharu Bond itu menjalani penggambaran di Turki.

Craig, 44, pernah melakonkan ejen perisik British itu menerusi dua buah filem, Casino Royale dan Quantum of Solace.

Menurut aktor itu, filem terbaharu Bond itu mempunyai 'banyak' adegan asmara.

Dia berkata, filem berkenaan juga menampilkan perisik tersebut yang mengandungi banyak unsur menggelikan hati.

Filem berkenaan turut dilakonkan oleh Ralph Fiennes sebagai ejen Bond.

Aktor Javier Bardem memegang watak sebagai penjahat Silva.

Filem tersebut menjalani penggambaran di sini dan beberapa bandar Turki lain.

Aktres Perancis, Berenice Marlohe and Naomie Harris dari Britain turut berlakon dalam filem itu. - Agensi

Tandas Jadi Rumah Di China




Zeng Lingjun, dilahirkan di sebuah perkampungan kecil, dan berasal dari keluarga yang miskin. Dia bercita-cita untuk menjadi tukang kasut yang berjaye. Maka, satu hari, berbekalkan RM24, dia telah meninggalkan kampung untuk mengejar cite-citenya di bandar China.

Akhirnye berbekalkan gaji sekitar RM900++ sebulan sebagai tukang kasut, die telah menyewa sebuah tandas terbiar untuk dijadikan tempat tinggalnya kerana tidak mampu untuk membeli rumah sendiri. Kini, dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak masih tinggal di tandas terbiar yang disewanya beberapa tahun lalu.

3 Dirempuh Ketika Tukar Tayar

SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.

Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama.

Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian.

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa.

Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bakal Pengantin Cabut Lari

ALOR GAJAH - Pihak polis kini giat mencari seorang lelaki yang melarikan kereta tunangnya, dua hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, lelaki terbabit, Ramli Kamaruddin, 30, dan beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta milik tunangnya itu, dua hari sebelum pernikahan.

Menurutnya, mangsa mengenali tunangnya setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.

“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain sebagai hantaran perkahwinan.

“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan pagi.

“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.

“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja sebagai anggota keselamatan.

“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.

“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.

348 Gadis Sambut Hari Jadi Ke-15 Beramai-Ramai

SEJUMLAH gadis berpakaian gaun tersenyum pada acara sambutan hari jadi beramai-ramai di Bandar Raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 348 orang gadis menyambut hari jadi ke-15 mereka secara beramai-ramai di ibu negara Mexico di sini kelmarin.

Acara meriah yang dikenali sebagai Quinceanera itu diadakan bagi mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa mereka telah memasuki fasa usia dewasa.

Pada pesta berkenaan, gadis-gadis sunti itu mengenakan gaun petang berwarna-warni sebelum berkumpul untuk menyertai satu perarakan.

Quinceanera merupakan acara tradisi di Mexico yang bermula sejak era kolonial Sepanyol pada kurun ke-16. - Agensi

Remaja Jadi ‘Habuan’ Tiga Lelaki

GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.

Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.

“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.

Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pelajar Maut Perut Terburai

PELABUHAN BARAT - Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan mengerikan apabila perutnya terburai selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah lori.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas digilis lori terbabit.

“Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.

“Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan yang gagal dikesan sejurus kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.

Sesiapa yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Nur Baidura Datuk Zulyadaen di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.

Rekod Dunia Guiness 2012














Kekasih Sejati Vs Kekasih Standard

Kekasih standard selalu ingat senyum di wajahmu
Kekasih sejati juga mengingat wajahmu waktu sedih

Kekasih standard akan membawamu makan makanan yang sedap-sedap
Kekasih sejati akan menjamu makanan yang kamu suka

Kekasih standard setiap detik selalu menunggu telefon dari kamu
Kekasih sejati setiap detik selalu teringat ingin menelefonmu

Kekasih standard selalu mendoakanmu kebahagiaan
Kekasih sejati selalu berusaha memberimu kebahagiaan

Kekasih standard mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasih sejati mengharapkan dia dapat berubah untuk kamu

Kekasih standard paling bosan kamu menelefon waktu dia tidur
Kekasih sejati akan menanyakan kenapa sekarang kamu baru telefon?

Kekasih standard akan mencarimu untuk membahas kesulitanmu
Kekasih sejati akan mencarimu untuk memecahkan kesulitanmu

Kekasih standard selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
Kekasih sejati akan selalu mananyakan diri sendiri mengapa membuat
kamu sedih?

Kekasih standard selalu memikirkan penyebab perpisahan
Kekasih sejati memecahkan penyebab perpisahan

Kekasih standard dapat melihat semua yang telah dia korbankan untukmu
Kekasih sejati dapat melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih standard berfikir bahawa pertengkaran adalah akhir dari
segalanya
Kekasih sejati berfikir, jika tidak pernah bertengkar tidak dapat
disebut cinta sejati

Kekasih standard selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
Kekasih sejati selalu berharap selamanya dapat disampingmu menemanimu

Rihanna Dan Seks

LOS ANGELES: Penyanyi seksi, Rihanna, berkata sebahagian daripada lagunya bersifat lucah apabila dia tidak mendapat kepuasan seks.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, dia memang mengalami masalah mendapatkan kepuasan di ranjang.

Justeru, kata Rihanna, dia mengalihkan rasa tidak puas itu dengan menyanyikan lagu lucah untuk dikongsi bersama peminatnya.

Katanya, dia menganggap dirinya sebagai “kekasih yang tidak takut apa-apa” dan sifat itu antara lain dapat dilihat pada karya seninya.

“Album terbaru saya, Talk That Talk, adalah lagu yang jujur bercerita mengenai apa yang ada dalam fikiran.

“Malah, semua album terdahulu saya dihasilkan begitu,” katanya.

Dilahirkan di Barbados, Rihanna pernah menjalin hubungan cinta dengan ramai selebriti, termasuk Chris Brown, Jay Z, Ne-Yo, Eminem, Kanye West dan Drake.

Kekasih terkininya ialah petinju Britain, Dudley O’Shaughnessy, 22, yang muncul dalam klip video We Found Love.

Ketika berpacaran dengan Brown, Rihanna pernah menarik perhatian ramai apabila menjadi mangsa serangan fizikal artis terbabit.

Rihanna dianggap antara penyanyi paling berani dalam persembahan dan pada tahun lalu, lagunya, Red Lipstick, menarik perhatian kerana liriknya yang lucah.

Kata Rihanna, dia mempunyai banyak fikiran nakal tetapi sering kecewa untuk menjadikannya kenyataan.

“Akhirnya kekecewaan itu dilahirkan dalam muzik,” katanya.

Rihanna berkata, biasanya seseorang hanya memberi perhatian untuk menggembirakan pasangan masing-masing sehingga melupakan hak diri sendrii.

“Saya fikir, kualiti terbaik yang ada pada saya adalah sifat spontan, berani mengambil risiko dan tak tahu takut.

“Ia memberi anda kekuatan apabila bersikap begitu.

“Bagi saya, seks adalah kuasa,” katanya. - TS

Pembunuh Ibu Dan Anak Bakal Didakwa

LAS VEGAS: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam serangan ganas menyebabkan seorang wanita dan anak perempuannya mati, manakala suami mangsa kritikal.

Menurut polis, Bryan Clay, 22, ditangkap atas kesalahan mendera kanak-kanak dan dijangka didakwa secara rasmi atas tuduhan membunuh hari ini.

Clay dituduh membunuh Ignacia Martinez, 38, dan anaknya, Karla Martinez, 10.

Pembunuhan itu diketahui polis pada 16 April lalu apabila anak lelaki Ignacia yang berusia sembilan tahun bercerita mengenai kematian ibunya di sekolah.

Suami Ignacia, Arturo Martinez, 39, masih dirawat di hospital sehingga kini.

Polis percaya, Clay turut terbabit dalam serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 50 tahun pada 15 April lalu. - AP

Surat Ketua Kumpulan Muzik Atas Kapal Titanic Dilelong

LITTLETON, Colorado, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping surat yang ditulis oleh seorang ketua kumpulan muzik dari Britain di atas kapal Titanic kepada ibu bapanya di England lima hari sebelum kapal itu tenggelam dijual pada harga mencecah AS$155,000 (RM471,432) dalam satu bidaan dalam talian kelmarin.

Sebuah syarikat pelaburan AS membeli surat yang ditulis oleh Wallace Hartley, 33. Hartley dikatakan bermain muzik untuk menenangkan para penumpang ketika kapal itu mulai tenggelam.

"Surat ini adalah sebahagian kecil daripada tragedi Titanic," kata eksekutif firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di New Hampshire, England, Bobby Livingston.

Hartley menghantar surat itu pada 11 April 1912 ketika Titanic berlabuh di Queenstown, Ireland. Titanic karam pada pagi 15 April dalam pelayaran sulungnya yang mengorbankan 1,517 nyawa.

"Kami ada kumpulan muzik yang bagus. Kapal ini cantik dan kami dapat banyak duit selepas membuat persembahan di sini," tulis Hartley di atas sekeping kertas dengan kepala surat bertulis "On board R.M.S. Titanic."

Menurut Livingston, duit tip adalah sumber pendapatan utama Hartley dan pemuzik lain di atas Titanic. Banyak mata wang ditemui di dalam poket Hartley ketika mayatnya ditemui terapung di lautan Atlantik dua minggu selepas tragedi itu berlaku. - Reuters

Lelaki 20 Isteri Tinggal 658 Waris

KAMPALA - Seorang lelaki di Uganda meninggal dunia pada umur 103, November lalu, sememangnya bertuah kerana dikurniakan 158 anak serta kira-kira 500 cucu.

Veteran Perang Dunia Kedua, Jack Kigongo dari kampung Kateera di daerah Kiboga didakwa mempunyai anak seramai itu, hasil perkahwinannya bersama 20 isteri.

Menurut salah seorang anaknya, Patrick Bulira Kigongo, keluarga mereka kini berhadapan masalah kesempitan hidup selepas bapanya meninggal dunia.

“Adik-beradik saya terpaksa menjual buah-buahan di kampung. Kami masih tinggal di dua rumah agam usang tinggalan bapa yang dibahagikan mengikut ibu masing-masing,” menurutnya lagi.

Pada 1997, kisah Kigongo yang pada ketika itu berumur 80 tahun dan baru berkahwin dengan isteri termuda berumur 18 tahun pernah dipaparkan di media tempatan.

Difahamkan, anak sulung Kigongo berumur 60 tahun, manakala, bongsu berumur 15 tahun.

Hubungi Ibu Sebelum Maut

ALOR SETAR - “Kami sempat bersembang di telefon sebelum dia masuk kerja jam 3 petang,” kata Mayah Ibrahim, 55, ibu kepada Konstabel Mohd Sobri Md Sidik, 22, yang maut ditembak rakan sekerja ketika bertugas di Balai Pengawal Istana, Istana Anak Bukit, petang kelmarin.

Mayah berkata, anak keempat dari lima beradik itu sangat rapat dengannya dan menghubungi keluarga hampir setiap hari semenjak mula bertugas di negeri ini hampir setahun lalu.

“Kami bersembang seperti biasa dan arwah hanya memberitahu akan keluar bekerja serta ingin membaiki motosikal. Saya pula hanya berpesan supaya kerja elok-elok,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir mereka berjumpa sewaktu arwah pulang ke kampung di Melaka pada Disember tahun lalu.

“Kami kerap berhubung melalui telefon kadang kala dua kali sehari. Dia jenis yang suka bersembang dan mudah mesra dengan orang lain. Saya kadangkala turut berpesan supaya jangan selalu makan di rumah orang, namun orang sering mempelawanya makan.

“Arwah amat berminat menjadi polis, kerana ingin mengikut jejak langkah abangnya yang kini bertugas di Sabah. Sobri pernah menolak tawaran temu duga jururawat lelaki, kerana terlalu meminati kerjaya polis,” katanya.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya ketika sedang bersiap-siap menunaikan solat Maghrib dan selepas itu segera pergi ke Kedah untuk melihat arwah.

“Kami sekeluarga tumpang tidur di rumah sewa arwah di Taman Aman di sini,” katanya.

Motif kejadian belum diketahui

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, motif kejadian masih belum diketahui dan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengetahui jumlah luka tembakan pada anggota badan mangsa.

“Suspek berusia 25 tahun kini ditahan reman. Kita akan minta tempoh reman maksimum untuk melakukan soal siasat secara terperinci.

“Jenazah akan disembahyangkan di sini selepas selesai proses bedah siasat, kemudian akan diterbangkan dari Kepala Batas, Kedah ke Batu Berendam Melaka,” katanya.

Difahamkan, jenazah sudah dibawa pulang dengan menaiki pesawat polis jam 4.30 petang semalam dan tiba di Alor Gajah jam 6.45 petang hari sama.

Ahmad berkata, mereka akan melihat semula anggota polis yang bertugas di kawasan istana untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, keadaan keselamatan terkawal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota di mana yang kurang.

“Kejadian ini sesuatu yang tragis dan tidak pernah berlaku. Kita berharap keluarga mangsa sentiasa bersabar dan pihak istana serta PDRM mencari kaedah di sebalik kejadian untuk memastikan keselamatan istana sentiasa terkawal dan terjamin,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Pasir, Machap Baru Melaka.

Hadir sama menziarahi keluarga arwah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Makhluk Menakutkan Yang Pernah Dilihat

Dover Demon
Percaya atau tidak,makluk ini pernah di lihat 2 kali di bandar Dover,Massachusetts,diantara 20hb april dan 22hb april 1977.Tidak dapat di pastikan sama ada ianya "makhluk","setan" atau "makhluk asing".Menurut sumber,makluk ini belum pernah ada kes yang melibatkan pembunuhan manusia. 

Jersey Devil
Anda boleh agak dari mana makhluk jenis ini berasal hanya dengan melihat namanya sahaja,Menurut sumber dan cerita,makluk ini dijumpai secara tidak sengaja pada awal 1800an.Menurut cerita lagi,makhluk jenis ini dikatakan boleh terbang,mempunyai sayap belakang seperti kelawar,dengan kepala seakan akan kuda,dan mempunyai kuku.Makhluk jenis ini dilaporkan telah banyak membunuh haiwan ternakan seperti kambing dan lembu. 

OwlMan
Laporan awal penemuan "owlman" adalah pada 1976.Makluk tersebut dilihat terbang ke Gereja Mawnan pada awal 1976 - 1978.Owlman hanya dilaporkan dilihat terbang disekitar gereja sahaja.Kelihatan seperti burung hantu,saiz seorang lelaki dewasa,mempunyai telinga dan bermata merah. ( gambar mawnan church bolehlah di search di google ) 

Canvey Island Monster
Gambar di atas adalah bangkai makhluk yang dilihat di pantai canvey island di England.Cerita ini bermula sejak tahun 1954.Bangkai lain di temui sekitar 1955.Panjang Makhluk ini adalah 76cm,kulit perang kemerahan dan mata membonjol.Dikatakan makhluk ini mempunyai kaki berbentuk kasut kuda dengan lima jari dan tidak mempunyai tangan.Dikatakan makhluk ini tidak berbahaya kepada manusia.Manakala Bangkai kedua yang dijumpai serupa dan mempunyai kepanjangan 120cm 

Goatman
Makhluk ini mempunyai ciri ciri manusia dan kambing.Ianya bertanduk seperti kambing.Pemerhatian awal makhluk ini dilihat pada awal 1957 dikawasan forestville dan upper marlboro di daerah Prince George.Ianya juga dilihat sekitar tahun 1962.Dengar cerita,makhluk jenis ini akan memotong mangsa dengan kapak besar.Bunyi yang dikeluarkan ketika makhluk ini memotong mangsanya dengan kapak juga menyeramkan. Kalau menurut sumber lain pula,Di kalimantan Barat,makhluk jenis ini di panggil "Hantu Kambe".

Perempuan Menyerupai Patung































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012