LONDON 16 April - Parti Buruh Britain semalam menggantung seorang anggota Parlimennya, Lord Nazir Ahmed (gambar) selepas beliau dilapor menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta pound (RM49 juta) bagi menangkap Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Ahmed yang menganggotai dewan tertinggi Parlimen, House of Lords turut menawarkan ganjaran sama untuk menangkap bekas Presiden AS, George W. Bush sebagai membalas ganjaran yang ditawarkan oleh AS bagi menangkap suspek militan, Hafiz Muhammad Saeed, lapor akhbar Pakistan, Express Tribune.
Hafiz Saeed yang menubuhkan pertubuhan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba dikehendaki berhubung serangan pengganas yang membunuh 166 orang di Mumbai pada 2008.
"Kami telah menggantung Lord Ahmed sementara siasatan dijalankan, dan jika kenyataannya benar seperti dilaporkan, kami mengutuknya sama sekali dan menganggapnya sebagai sangat tidak wajar.