LITTLETON, Colorado, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping surat yang ditulis
oleh seorang ketua kumpulan muzik dari Britain di atas kapal Titanic
kepada ibu bapanya di England lima hari sebelum kapal itu tenggelam
dijual pada harga mencecah AS$155,000 (RM471,432) dalam satu bidaan
dalam talian kelmarin.
Sebuah syarikat pelaburan AS membeli surat yang ditulis oleh Wallace Hartley, 33. Hartley dikatakan bermain muzik untuk menenangkan para penumpang ketika kapal itu mulai tenggelam.
"Surat ini adalah sebahagian kecil daripada tragedi Titanic," kata eksekutif firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di New Hampshire, England, Bobby Livingston.
Hartley menghantar surat itu pada 11 April 1912 ketika Titanic berlabuh di Queenstown, Ireland. Titanic karam pada pagi 15 April dalam pelayaran sulungnya yang mengorbankan 1,517 nyawa.
"Kami ada kumpulan muzik yang bagus. Kapal ini cantik dan kami dapat banyak duit selepas membuat persembahan di sini," tulis Hartley di atas sekeping kertas dengan kepala surat bertulis "On board R.M.S. Titanic."
Menurut Livingston, duit tip adalah sumber pendapatan utama Hartley dan pemuzik lain di atas Titanic. Banyak mata wang ditemui di dalam poket Hartley ketika mayatnya ditemui terapung di lautan Atlantik dua minggu selepas tragedi itu berlaku. - Reuters