IPOH – Seorang remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai
membunuh diri dalam bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi
gurunya di Taman Pertama di sini, kelmarin.
Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat anak kesayangannya itu tergantung menggunakan selimut.
Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya semakin stabil.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah sekolah di sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri dalam biliknya sebaik pulang dari sekolah.
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan berkata, remaja itu bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di sekolah dan dikatakan mahu mengadu kepada ayahnya yang bertugas sebagai polis di balai berhampiran.
“Mereka tidak mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat rapat dengan abangnya yang berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan apa-apa masalah kepada kami,” katanya di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah.
“Kejadian itu juga tidak membabitkan masalah keluarga namun, kita masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini,” katanya.