Visit Lelong

10 Lelaki Yang Dilahirkan Sebagai Wanita

10 lelaki ini kacak dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka juga sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.

1.Balian Buschbaum
Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan merupakan seorang bekas gimnas kebangsaan Jerman. Walaupun dia wanita kedua terbaik sebagai Pole Vaulter di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Pada tahun 2008 menukar jantinanya untuk menjadi seorang lelaki

2. Buck Angel
Buck Angel ialah pemenang Anugerah Berita Video Dewasa 2007, kini bekerja sebagai seorang penulis, pensyarah, pendidik dan menguruskan syarikat penerbitan sendiri.

3. Loren Cameron
Loren Rex Cameron ialah seorang juru foto, pengarang dan aktivis transeksual dari Amerika.

4. Ian Harvie
Ian Harvie dari Amerika ialah seorang pelawak stand-up yang sering berlawak tentang transeksualiti.

5. Lucas Silveira
Dilahirkan di Kanada pada 1979, Lucas Silveira mencipta sejarah sebagai lelaki transeksual pertama yang menandatangani kontrak dengan syarikat rekod. Silveira ialah vokalis, gitaris dan pencipta lagu untuk The Cliks, dia juga telah menghasilkan album solo yang sedang berada di pasaran.

6. Katastrophe
Rocco Kayiatos dikenali sebagai Katastrophe, seorang rapper hip-hop Amerika dan penerbit muzik.

7. Thomas Beatie
Thomas mendapat perhatian antarabangsa kerana menjadi seorang ‘lelaki yang mengandung’ beberapa tahun lepas. Dilahirkan perempuan, Beatie sebenarnya telah melahirkan 3 orang anak dan kini kembali makan hormon lelaki untuk mendapatkan badan lelakinya.

8. Ryan Sallans
Ryan Sallans dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, merupakan seorang penceramah motivasi transeksualiti.

9. Andreas Krieger
Andreas Krieger seorang pelontar peluru untuk pasukan atletik Jerman Timur.. Dari waktu remaja dia diberikan steroid anabolik tanpa disedarinya, yang menyebabkan dia menjadi semakin maskulin dari segi penampilan dan sikap. Dia telah menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 1997, dan pernah berkata yang dia berharap yang dia tidak pernah diberikan steroid supaya dia mengetahui sendiri apa pilihan jantinanya.

10. Chaz Bono
Chaz Bono dilahirkan sebagai Chastity Bono, anak perempuan kepada penghibur Amerika terkenal Sonny dan Cher. Chaz juga telah menjadi peserta untuk rancangan televisyen, Dancing With The Stars.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012