Visit Lelong

Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam

KUALA LUMPUR - Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal
dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat
kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika
dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam ini.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012