GUAR CHEMPEDAK (Yan) - ‘Pencuri profesional’. Demikian pendapat penduduk
di Kampung Banggol Lalang berhubung kejadian kereta seorang penduduk di
sini yang menjadi mangsa kes kecurian, Jumaat lalu.
Pencuri terbabit dikatakan ‘profesional’ kerana berjaya membuka cermin hada-pan kereta jenis Perodua Kancil milik Hasnah Ariffin, 51, dan mengangkat cermin tersebut serta diletakkan di atas bumbung kenderaan itu tanpa memecahkannya.
Difahamkan, modus operandi yang digunakan untuk memecah masuk kereta itu amat licik tanpa melibatkan kerosakan teruk dan mangsa langsung tidak menyedari kehadiran si pencuri.
Suami Hasnah, Sirozi Mohd Noh, 52, berkata, dia menyedari keadaan kereta kancil itu yang di parkir di garaj hadapan rumahnya pada jam lapan pagi Jumaat lalu apabila ingin keluar menghantar anaknya ke kelas tuisyen.
“Semasa keluar dari rumah, saya terkejut apabila diberitahu oleh anak bahawa cermin kereta itu telah dileraikan daripada bingkainya dan diletakkan di atas bumbung kereta.
“Setelah diperiksa, saya dapati radio pemain cakera padat di dalam kereta itu telah tiada, dipercayai dikebas oleh pencuri terbabit,” katanya.
Sirozi berkata, dia juga mendapati pintu kereta sebelah pemandu cuba dikopak, namun gagal, berdasarkan kesan kopak yang terdapat pada pintu terbabit.
Sementara itu, Hasnah berkata, dia tidak perasan keadaan cermin hadapan keretanya telah dileraikan dan diletakkan di atas bumbung kereta ketika membuka tingkap rumahnya pagi itu.
“Selepas bangun daripada tidur, saya membuka tingkap rumah dan menjenguk keluar rumah memerhatikan keadaan sekeliling. Saya perasan terdapat getah panjang berwarna hitam di atas lantai garaj.
“Saya sangka ular, namun setelah diperhatikan dengan teliti baru saya perasan itu getah. Namun tidak menyangka getah itu adalah getah yang dilekatkan antara cermin hada-pan kereta dan bingkai cermin itu. Saya langsung tidak perasan mengenai keadaan kereta itu sehingga diberitahu suami,” katanya.
Sirozi kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Guar Chempedak dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM1,200.