Visit Lelong

Dirogol Dua Kali Dalam Tempoh 11 Jam

BESUT - Akibat terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini menjadi mangsa rogol sebanyak dua kali dalam tempoh kira-kira 11 jam dalam sebuah kereta.

Sebelum kejadian pada jam 8.30 malam, Selasa lalu, ketika pelajar berumur 16 tahun itu berada di rumah dia diajak keluar oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Sebu.

Difahamkan, mangsa bersiar-siar di sekitar daerah ini dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam namun dia tidak mengingati nombor pendaftaran kereta tersebut.

Setiba di suatu kawasan di Kuala Besut, suspek memberhentikan kereta dan mereka berbual di dalam kereta tersebut.

Peluang itu dikatakan diambil oleh suspek untuk merogol mangsa di dalam motokar dan selepas merogol mangsa, suspek membawa mangsa ke rumah kawannya di Rantau Panjang, Kelantan.

Keesokannya, pada jam 7 pagi (Rabu), suspek telah membawa pelajar berkenaan ke sebuah rumah yang didakwa suspek rumah kakaknya di Kuala Besut.

Namun, dia sekali lagi dirogol oleh suspek di dalam kereta yang sama di kawasan itu sebelum suspek bertindak menghantar pulang ke rumah kakaknya di sebuah taman di Kuala Besut.

Keluarga mangsa yang mendapati mangsa tidak pulang pada hari tersebut mendesak dia menceritakan apa yang berlaku dan kemudian mendesaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian rogol akibat pergau-lan bebas di daerah ini meningkat di daerah ini dan perkara ini perlu diatasi dengan sikap kecaknaan semua pihak termasuk mangsa.

“Remaja pada hari ini dinasihatkan jangan terlalu percaya pujukan lelaki walau dalam apa bentuk sekali pun dan ibu bapa berperanan mencegah kejadian ini berlaku dengan kawalan ketat,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012