Visit Lelong

Pemilik Restoran Maut Tertikam Pisau Ketika Tergelincir

SANDAKAN, 23 April (Bernama) -- Seorang pemilik restoran maut selepas tertikam diri sendiri dengan sebilah pisau ketika tergelincir di dapur restorannya di Taman Yeng Seng, dekat sini Isnin.

Cynthia Tan Kian Hoon, 41, merupakan ibu kepada dua anak dari Taman Villa Permai, Jalan Sibuga di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata insiden berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi ketika mangsa, pemilik Restoran Hello memulakan kerja memotong sayur dan bawang menggunakan sebilah pisau sepanjang enam inci.

Ketika berjalan di kawasan dapur restoran itu, mangsa tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke lantai menyebabkan pisau yang dipegangnya tertikam di rusuk sebelah kanan, katanya.

Fadzil berkata kejadian disedari adik lelaki mangsa dan seorang pekerja lelaki berada di depan selepas terdengar jeritan mangsa.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Duchess of Kent, yang dikejarkan ke restoran terbabit.

Fadzil berkata hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut selepas pembuluh utama darah dalam badan terputus akibat terkena benda tajam.

Katanya polis tidak mengesyaki kes itu berunsur jenayah dan menyiasatnya mengikut Seksyen 329(i)(b) Kanun Prosedur Jenayah.

-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012