Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri
Pertama Dan Kedua
Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.
Ketiga Dan Keempat
Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami,
jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan
jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.
Kelima Dan Keenam
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan waktu makannnya
kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur
menyebabkan mudah berang.
Ketujuh Dan Kelapan
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara
yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan
baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik,
kerana anak merupakan amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia
sebaik mungkin.
Kesembilan Dan Kesepuluh
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan
rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah
menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya, maka
engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau
bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula
engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang
gembira.