Visit Lelong

Wanita Cedera Diheret Monorel Tuntut Ganti Rugi

CUI HONG menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya pada bahagian pinggang akibat diheret monorel di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang eksekutif pemasaran yang cedera akibat diheret sebuah monorel di Stesen Bukit Bintang di sini Februari lalu menuntut ganti rugi daripada syarikat pengangkutan berkenaan.

Mangsa, Lim Cui Hong, 24, yang cedera di badan dan patah tiga batang gigi memberi tempoh seminggu kepada syarikat KL StarRail Sdn. Bhd. (KLSR) untuk membayar kos rawatannya berjumlah RM5,700.

Jelasnya, ia merangkumi kos rawatan kecederaan fizikal dan penggantian gigi palsu.

“Sehari selepas kemalangan, wakil syarikat itu datang menemui saya dan berjanji akan melunaskan semua kos rawatan.

“Bagaimanapun, apabila saya mengemukakan tuntutan sejak 20 Mac lalu, tiada maklum balas daripada syarikat berkenaan sehingga hari ini.

“Sekiranya pihak tersebut gagal membuat bayaran, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Jalan Ampang di sini semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012