LAS VEGAS: Polis menahan seorang lelaki
disyaki terbabit dalam serangan ganas menyebabkan seorang wanita dan
anak perempuannya mati, manakala suami mangsa kritikal.
Menurut polis, Bryan Clay, 22, ditangkap atas kesalahan mendera
kanak-kanak dan dijangka didakwa secara rasmi atas tuduhan membunuh hari
ini.
Clay dituduh membunuh Ignacia Martinez, 38, dan anaknya, Karla Martinez, 10.
Pembunuhan itu diketahui polis pada 16 April lalu apabila anak lelaki
Ignacia yang berusia sembilan tahun bercerita mengenai kematian ibunya
di sekolah.
Suami Ignacia, Arturo Martinez, 39, masih dirawat di hospital sehingga kini.
Polis percaya, Clay turut terbabit dalam serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 50 tahun pada 15 April lalu. - AP