Visit Lelong

Tips Agar Bangun Pagi Yang Sihat

1. Regangan
Lakukan regangan secara perlahan, seperti melakukan gerakan yoga atau memutar tubuh ke kanan dan ke kiri. Gerakan ini akan membantu tubuh mengumpulkan tenaga, dan membuat fikiran anda fokus. Rasa pening-pening lalat yang kerap terjadi akibat bangun terlalu pagi pun lenyap.Solat Subuh dilakukan dengan pergerakan perlahan-lahan boleh dijadikan regangan juga

2. Bergerak
Lakukan beberapa gerakan untuk melancarkan peredaran darah. Melakukan crunch (berbaring dengan lutut tertekuk lalu mengangkat kepala, leher, dan pundak), push-up, atau melompat-lompat ringan, juga cukup membantu.Lebih sesuai dilakukan selepas solat Subuh.

3. Hindari terlalu banyak kafein 
Kafein memang boleh membuatkan anda ‘mata terang’ sepanjang hari, namun mengambilnya secara berlebihan (lebih dari dua cawan pada pagi hari) boleh membuat anda lemah pada tengah hari. Satu cawan saja sudah cukup membuat kadar tenaga anda stabil

4. Minum
Ketika tidur, tubuh anda menggunakan simpanan air dan kerananya kita akan kehilangan cairan semasa anda bangun. Rehidrasi tubuh anda dengan beberapa gelas air sejuk tidak hanya akan menyegarkan tubuh, tetapi juga membantu menstimulasi sistem saraf dan pencernaan anda. Minumlah air putih sebelum tubuh anda diisi apa pun.

5. Buat jadual teratur 
Tubuh kita menyukai konsistensi. Mengikuti jadual tidur dan bangun yang sama setiap hari akan membuat tubuh lebih mudah bangun pada pagi hari. Anda pun akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari.

6. Pilih alarm dengan ringtone sesuai 
Siapa pun tak akan suka terbangun kerana suara weker yang memekakkan telinga. Anda juga boleh meningkatkan risiko terkena serangan jantung, kerana bunyi yang tiba-tiba kuat boleh merbahayakan orang yang ada masalah jantung. Pilih ringtone handphone yang memperdengarkan muzik yang lembut, yang membangunkan anda secara perlahan. Bila perlu, letakkan handphone jauh sedikit sehingga anda perlu bangun untuk menonaktifkannya.

7. Redupkan cahaya 
Matikan komputer atau TV satu jam sebelum anda tidur. Cahaya terang boleh mengalihkan perhatian anda, sehingga otak lebih sukar beristirahat. Dengan suasana tidur yang lebih tenang, anda boleh tidur lebih lelap, dan tubuh menyesuaikan diri untuk bangun lebih awal

8. Segera mandi 
Hal yang sukar dilakukan semasa bangun pagi adalah mandi. Namun di situlah kuncinya. Segeralah mandi dengan air sejuk untuk membangunkan sistem saraf anda, dan membantu menyedarkan anda. Selesai mandi, tak ada lagi rasa malas kerana fikiran dan tubuh anda sudah “bangun”.

9. Sarapan 
Setelah “berpuasa” sepanjang malam, tubuh perlu tenaga untuk bergerak. Sarapan setiap pagi (meskipun hanya sekeping roti atau buah-buahan) akan membuat anda merasa lebih bersedia menghadapi aktiviti lebih awal.

10. Bernafas dalam-dalam 
Bagi sebahagian orang, bangun pagi boleh menjadi detik paling mencemaskan. Bayangan mengenai apa yang harus dihadapi di tempat kerja, atau bagaimana mengatasi masalah dengan pasangan, akan segera memenuhi fikiran. Maka setelah anda bangun, ambil waktu untuk bernafas dalam-dalam untuk menenangkan tubuh dan fikiran. Awali hari dengan tenang, agar segala aktiviti berjalan sesuai dengan mood baik anda.



Kerat, Makan Bibir Isteri

STOCKHOLM: Seorang profesor yang percaya isteri mudanya ada hubungan sulit, dikatakan memotong bibir isterinya dan memakannya kerana cemburu.

Akhbar Sweden, Aftonbladet memetik sumber terdekat dalam kes itu sebagai berkata, “dia memotong bibir isterinya dan memakannya.”
Kata sumber itu, “ Dia tidak menyesal dengan perbuatannya. Dia fikir isterinya itu yang menyakiti hatinya.”

Laporan itu berkata, lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, seorang profesor madya di Institut Karolinska yang terkenal, dilaporkan ditahan kerana disyaki cuba membunuh.

Peguam wanita itu, Ingela Ekman Hessius berkata, “Sudah tentu wanita itu tidak dalam keadaan baik sama ada secara psikologi ataupun fizikal.”

Peguam itu yang berada di mahkamah semalam, memberitahu akhbar itu kliennya mengalami “kecederaan parah. Doktor belum memberitahu sama ada mereka boleh memulihkannya atau tidak.”

Penyerangnya yang kini diarahkan melakukan ujian psikiatrik, dilaporkan mempunyai beberapa orang anak dengan isteri pertama tetapi perkahwinan mereka berakhir beberapa minggu sebelum dia mengahwini isteri keduanya yang jauh lebih muda.

Akhbar Aftonbladet berkata, baru-baru ini dia mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dan dikatakan membuat keputusan untuk menghukumnya dengan mencacatkannya.

Sumber itu menerangkan mengapa lelaki itu memakan bibir isterinya, “Dia tidak mahu bibir isterinya dipulihkan.” - AFP



Gina Rinehart Wanita Terkaya Di Dunia

Menjadi satu kebiasaan apabila kita mendengar lelaki terkaya di dunia. Tetapi jika wanita terkaya di dunia kita jarang mendengarnya.

Majalah Business Review Weekly (BRW) menyatakan, Gina Rinehart, usahawan terkemuka di Australia merupakan wanita terkaya di dunia dengan aset kekayaan beliau mencecah US$29.17 billion.

Menurut majalah tersebut, kekayaan wanita berusia 58 tahun itu telah mengatasi kekayaan isteri pemilik saham majoriti perniagaan runcit terbesar di Amerika Syarikat – John Walton, Wal-Mart dan Christy Walton.

Sementara itu, majalah terkemuka Forbes menyatakan kekayaan Walton bernilai sekitar US$26 billion.Sekaligus menjatuhkan nama Walton yang sebelum ini memegang gelaran wanita terkaya dunia selama tujuh tahun terakhir ini.

Kejayaannya ini atas kesungguhan beliau menerajui industri perlombongan. Selaku Presiden, Hancock Prospecting, beliau berjaya meningkatkan keuntungan syarikat tersebut sebanyak tiga kali ganda tahun lalu.

Selain itu, di Australia Rinehart bukan sahaja tekenal sebagai usahawan berjaya, malah isu berkenaan persengketaan antara beliau dan anak-anaknya masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Dalam pada itu, Andrew Heathcote, Editor BRW berkata, tinjauan mendapati permintaan bijih timah semakin meningkat dipasaran dan kekayaan Rinehart akan meningkat sehingga US$100 billion dalam beberapa tahun akan datang.

Di samping itu, beliau berkata, tidak mustahil untuk Rinehart menjadi orang yang paling terkaya di dunia jika permintaan dalam industri perlombongan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Anjing Ada Peguam, Simpanan RM5,693

GAMBAR menunjukkan anjing bernama Blue di Albuquerque, New Mexico kelmarin.

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anjing tidak bertuan di negeri New Mexico, memiliki simpanan bank sebanyak AS$1,800 (RM5,693), laman Facebook dan sebuah kandang anjing berhawa dingin.

Sebuah akhbar AS melaporkan anjing jantan tersebut, Blue turut mempunyai seorang peguam yang berusaha supaya haiwan tersebut tidak diikat dan boleh terus berkeliaran di sebuah kawasan tasik di sini setelah ditinggalkan sedekad lalu.

Majlis Perbandaran Albuquerque dijadualkan bertemu para penyokong Blue pada 13 Jun depan bagi menentukan nasib anjing tersebut.

Pemilik bersama sebuah pasar raya di sini, Janice Conner berkata, kisah Blue bermula sekitar 10 tahun lalu.

Anjing tersebut yang ditinggalkan di sini katanya, telah dipelihara oleh seorang individu sehingga 'tuannya' meninggal dunia dua tahun lalu.

Selepas itu, Blue berkeliaran di pasar raya berkenaan dengan anjing tersebut diberi makan dan hidup bersama komuniti tempatan hingga musim bunga lalu apabila seorang wanita berusia 48 tahun dilaporkan mati digigit beberapa ekor anjing pitbull dekat pasar raya tersebut.

Menurut Connor, seorang wanita telah membuat aduan bahawa Blue pernah menderam terhadapnya selepas insiden tersebut.

Seorang peguam di sini Hilary Noskin, memberitahu, dia sedang berusaha supaya Blue dibenarkan tinggal berhampiran pasar raya tersebut tanpa diikat.

"Anjing ini ialah klien kesayangan saya, Blue seekor anjing yang baik dan tidak ganas," katanya.

Conner berkata, penduduk di sini mendermakan lebih AS$1,800 untuk kos perubatan dan perundangan Blue selain membina sebuah kandang lengkap dengan pendingin hawa dan alat pemanas untuk anjing tersebut.

Menurutnya, dia juga mengumpulkan lebih 1,100 tandatangan sokongan terhadap Blue di akaun Facebook Bluedog EB-Mascot untuk anjing berkenaan, - Agensi

Bangunan Melengkung Dibuka Untuk Jualan

Kediaman bersejarah berbentuk melengkung di kawasan Somerset Place, Bath, dijangka dijual pada harga RM250 juta. - AGENSI

BATH, United Kingdom 31 Mei - Buat kali pertama dalam tempoh 200 tahun, sebuah bangunan kediaman bersejarah berbentuk melengkung di kawasan Somerset Place, Bath, di sini akan dijual dengan harga dianggarkan mencecah 50 juta pound (RM250 juta).

Mengikut fakta sejarah, bangunan kediaman tersebut hampir tidak dibina kerana kekurangan dana ketika Perang Napoleon meletus dan pernah terselamat dalam serangan bom ketika Perang Dunia Kedua.

Pada 2010, Royal Crescent iaitu unit yang paling popular di antara bangunan tersebut berada di tempat kedua dalam carian Google bagi anugerah 'kawasan dengan suasana paling menarik di Britain', tewas kepada The Shambles, yang terletak di York.

Untuk itu, ejen hartanah Savills kini mula memasarkan 29 kediaman pada bangunan bersejarah tersebut, namun ia terlebih dahulu akan menjalani projek pemulihan yang dijangka siap menjelang 2014.

Sebahagian daripada sembilan kediaman individu pada bangunan lima tingkat itu sudah dijual pada harga antara 2 juta pound (RM10 juta) hingga 3 juta pound (RM15 juta) dan terdapat lagi 20 unit pangsapuri yang masih tinggal.

Bangunan bersejarah Somerset Place dibina antara 1790 dan 1820. Ia kali terakhir digunakan sebagai Universiti Bath Spa, sebelum dibeli oleh Tabung Pemilikan Warisan Aset Ikonik Strategik, Februari lalu.

Savills berkata, bangunan berbentuk melengkung itu kaya dengan nilai binaan bersejarah termasuk kerja-kerja lepa mengikut kepakaran Georgia asli, tempat pendiang api dan beberapa seni bina halus yang lain.

Kawasan Bath pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987 dan menarik lebih sejuta pengunjung yang menempah untuk menginap di situ serta 3.8 juta pengunjung harian setiap tahun yang ingin melihat keindahannya yang terkenal dengan keunikan mata air The Great Bath, di Roman Baths.

Keseluruhan binaan bangunan tersebut menggunakan batu berwarna krim keemasan yang diambil dari kawasan kuari berdekatan Combe Down dan Bathampton Down. - AGENSI



9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef Wan, chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.

3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha

P/s : Hanya sebagai gurauan dan hiburan semata-mata, kalau ada yang sama tu mungkin kebetulan semata-mata


Izara Aishah Comel Bergaya Untuk Fesyen Musim Panas

Anak Dara Mengamuk

MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.

“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.

“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.

“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.

“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.


Pelacuran dijangka subur menjelang Euro 2012

GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei 2012 ini menunjukkan seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang pekerja seks di Kiev, Ukraine.

KIEV, Ukraine - Industri pelacuran Ukraine dijangka menarik ramai pelanggan dan meraih keuntungan semasa kejohanan bola sepak Euro 2012.

Namun, segelintir pihak memberi amaran bahawa Ukraine mempunyai kadar jangkitan HIV tertinggi di rantau Eropah Timur.

"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.

Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79).

Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.

Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di Kiev.

Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.

Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks.

Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. - AFP

Amukan Lelaki Separuh Bogel

KUALA LUMPUR: “Kami semua ketakutan dan terpaksa menyorok dalam kedai serta mengunci pintu, apabila seorang lelaki separuh bogel tiba-tiba mengamuk bersenjatakan sebatang besi panjang selain dua pisau dengan mengejar sesiapa saja yang lalu depannya,” kata Kenny Lee, 29, saksi kejadian seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Permai, Kepong, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi berhampiran Pejabat Kutipan Hasil, cawangan Wangsa Permai itu, lelaki berkenaan turut memecahkan pasu bunga, membaling kerusi aluminium ke arah peniaga dan orang ramai serta menghayun batang besi ke kenderaan yang berhenti di kawasan itu.

Menurut Kenny yang juga pekerja salun di kawasan itu, pada mulanya lelaki tidak dikenali itu dilihat berkeliaran tanpa memakai seluar dan hanya mengacah untuk memukul beberapa kereta diletakkan di situ hingga membuatkan beberapa pelanggan ingin ke kedai di kawasan itu tidak berani berhenti.

“Beberapa minit kemudian, lelaki itu semakin ganas dengan bertindak memecahkan pasu bunga dan membaling kerusi aluminium milik sebuah restoran yang masih belum dibuka.

“Risau kejadian lebih buruk berlaku, majikan saya bertindak menghubungi polis kira-kira jam 11.15 pagi dan kami serta beberapa peniaga lain tidak berani keluar dari kedai kerana bimbang dicederakan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian. 



Guru wanita trauma dicabul

ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini. Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa. 

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya. “Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah. “Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Koleksi Gambar Tandas Yang Betul-Betul Sunyi

Lokasi tak dinyatakan sekali oleh jurugambar kathy weaver tapi memang menarik sungguh permandangan ni.

Tandas yg terletak di hood river county, Oregon ini rasanya yg paling sejuk skali.

Tandas ini pula terletak di atas cerun Alaska’s Mount McKinley. It is part of the Don Sheldon Mountain Hut and was built in 1966

Tandas ini pula terletak di Moose Mountain, Alberta, Canada.walau pun di cerun tapi di ikat oleh steel cables holding it in place.

Tandas ini pula terletak di Wyoming.

California’s Death Valley, more specifically the Shoshone Mines, is the setting for this lonely outhouse. This is actually a nighttime shot, made even more spectacular by the star trails that were also captured. Wish upon a star… while doing your business. Priceless.



Bertukang Sebelum Ditemui Mati Tergantung

KULIM - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati tergantung di bilik tengah di sebuah asrama di Taman Perak Indah, semalam.

Rakan serumah mangsa berkata, sejak kebelakangan ini mangsa sering kelihatan bersedih tetapi tidak menceritakan masalah dihadapi kepada sesiapa sebaliknya berdiam diri.

“Hari Ahad lalu kira-kira jam 3 pagi, saya terdengar dia bertukang di dalam biliknya.

"Saya pelik, pagi-pagi waktu orang semua tidur dia sibuk bertukang.

Jadi, saya suruh dia berhenti sebab apa yang dibuat itu mungkin akan menggangu jiran," katanya.

Dia berkata, ketika dia hendak keluar ke pekan Kulim pada jam 3 petang, dia terdengar mangsa bertukang sekali lagi di biliknya.

"Oleh kerana saya ada hal yang perlu dibereskan, jadi saya terus keluar dan balik semula ke asrama pada jam 4 petang.

"Apabila sampai di rumah saya terdengar mangsa memasang lagu dengan kuat.

Saya kemudiannya masuk ke dalam bilik mangsa dan menemuinya tergantung di dinding berdekatan pintu biliknya,” katanya.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada jiran sebelum menghubungi polis.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati mangsa telah memaku kabel besi di dinding biliknya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.



Justin Bieber Diburu Polis

MARAH...Bieber selepas bergaduh. 

LOS ANGELES: Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar. Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan. 

Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California. 

MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan. 

Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang. Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. 

Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi. “Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.” 

Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu. 

Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular. Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat ini. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’” - DM


Tak Sempat Selamatkan Ayah

ALOR GAJAH – "Saya tiada cara lain, kecuali bawa ayah ke klinik kesihatan menggunakan jalan berselekoh tajam," kata Mohd Asrul Zaidi, 24. Mohd Asrul berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia bergegas menghantar bapanya, Zaidi Abdullah, 50, ke klinik kerana diserang sesak nafas, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, klinik swasta berdekatan tutup menyebabkan dia terpaksa membawa bapanya dari rumahnya di Kampung Solok Duku ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah, di sini yang terletak kira-kira lima kilometer serta terpaksa menempuh selekoh tajam.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka, apabila kereta dipandu Mohd Asrul terbabas di selekoh berkenaan akibat jalan licin selepas hujan, menyebabkan bapanya meninggal dunia di dalam kereta sebelum sempat sampai ke klinik.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi itu, Mohd Asrul membawa bapanya menaiki kereta jenis Proton Saga Aeroback ditemani ibunya, Khadijah Seman, 48.

“Ayah terjaga dari tidur kira-kira 5 pagi kerana sesak nafas.

Saya terpaksa papah dia masuk ke dalam kereta kerana keadaan ayah terlalu lemah.

"Mulanya, saya bawa dia ke klinik swasta, namun klinik itu tutup menyebabkan saya dan ibu ambil keputusan menuju ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah melalui jalan berselekoh tajam,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan jalan yang licin, dia gagal mengawal kenderaan sebaik melalui selekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebuah busut.

“Saya lihat ayah sudah tidak bergerak lagi. Saya terus turun dari kereta menuju ke tengah jalan untuk mendapatkan bantuan orang awam.

"Ibu pula keluar memanggil penduduk di taman berdekatan.

Masa itu, kami tidak pasti sama ada ayah masih hidup atau tidak," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, nasib anak beranak itu disedari seorang pengawal keselamatan, Rapie Mohamad, 53, yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk bertugas.

Menurut Rapie, dia terlihat kelibat seorang lelaki berdiri di tengah jalan sambil melambai tangan menahan motosikal dinaikinya.

“Disebabkan suasana masih gelap, saya tidak sedar ada kereta sudah terbabas menyebabkan saya terus menunggang motosikal tanpa menghiraukannya.

"Tapi, saya berpatah semula ke tempat berkenaan sebelum mendapati orang awam sudah berkerumun berdekatan kereta dinaiki mangsa," katanya.

Ketika itu, katanya, dia mendapati mangsa sudah tidak sedar diri dan tersandar di tempat duduk belakang, sebelum ambulans tiba beberapa minit kemudian selepas dihubungi orang awam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, polis sedang menjalankan siasatan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ujong Repet, Bachok, Kelantan," katanya.


10 Jenis Pekerja - Anda Yang Mana?

Mungkin fakta ni betul atau kebetulan,apa-apa pun kita sebagai pekerja kena la mematuhi arahan dari pihak majikan ye tak ? Jom sama-sama kita baca 10 jenis Pekerja…Anda Yang Mana?

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department dan lain-lain.

2. Boxing
Single tasking (ada ke perkataan ni ?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma tahu genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print atau cetak dokumen sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut
Sebelum memulakan sesuatu kerja, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata dan kedua-dua ini terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee

Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, sebelum dan selepas dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum memulakan satu-satu projek dia punya sembang melangit dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. Pukul 9.00 pagi masih lagi bersarapan, datang kejap lepas tu Zasss.. hilang pergi lunch atau makan tengah hari. Datang semula office, lepas tu dah menyelinap pergi minum petang dan arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, jadi semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Mungkin kerja akan beres, semua settle, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement dan lain-lain, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi merujuk kepada wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

Upah Samseng Pukul Suami

KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang wanita berusia lewat 20-an membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mengupah sekumpulan ‘samseng’ bagi memukul suami sendiri yang disyaki curang.

Difahamkan, wanita terbabit nekad berbuat demikian selepas terserempak suaminya berusia 31 tahun yang bergaul mesra dengan seorang wanita tidak dikenalinya berhampiran sebuah restoran di Jinjang, di sini, seminggu lalu.

Akibat tindakannya itu, mangsa cedera ringan di seluruh tubuh selepas dipukul dua lelaki diupah wanita terbabit dalam kejadian jam 10 malam berhampiran rumah mangsa di Jinjang, di sini, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.



Robot Bakal Gantikan Pengawal Pantai Selamatkan Mangsa Lemas

Robot yang dinamakan Emily atau ‘Emergency Integrated Lifesaving Lanyard’ mampu meredah ombak selaju 64 kilometer sejam bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa lemas. - AGENSI

CALIFORNIA 27 Mei - Sejenis robot kawalan jauh dijangka menggantikan tugas penyelamat pantai di Amerika Syarikat (AS) dalam operasi menyelamatkan mangsa lemas di laut.

Robot yang dinamakan Emily atau ‘Emergency Integrated Lifesaving Lanyard’ itu, sedang diuji pada musim panas ini oleh pengawal pantai di Los Angeles dan California sebagai peralatan baru dalam usaha menyelamatkan mangsa lemas.

Walaupun bentuk Emily tidak menarik seperti bintang Pamela Anderson dalam siri Baywatch, mesin berwarna merah itu dikatakan mampu meredah ombak pada kelajuan 64 kilometer sejam dan berfungsi sebagai alat pengapungan yang boleh membawa sehingga enam orang mangsa pada satu-satu masa.

Robot berwarna merah itu juga boleh bergerak 12 kali lebih laju daripada penyelamat pantai dan boleh dijatuhkan dari udara bagi tujuan kecemasan.

Pada kelajuan biasa, Emily mampu berfungsi selama 500 minit pada kelajuan lima kilometer sejam.

Ketika diuji di pantai Malibu, California tahun lalu, pengawal pantai telah melakukan pelbagai situasi menyelamat dan dalam situasi sebenar, Emily terbukti mampu menyelamatkan nyawa mangsa yang berpotensi lemas.

Selain menyelamatkan mangsa yang hampir lemas, Emily juga mampu mengurangkan risiko kematian terhadap penyelamat pantai yang biasanya perlu meredah laut bergelora bagi menyelamatkan mangsa.

Robot itu dinamakan sempena nama seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang maut akibat kemalangan jalan raya di Malibu pada 2010 iaitu, Emily Shane.

Pihak berkuasa berharap, robot itu akan mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa sebagai penghargaan kepada kanak-kanak itu memandangkan ahli keluarganya berhasrat membantu orang ramai sebagai penghormatan kepada Emily. - AGENSI

Polis Disangka Pencuri Dibelasah Sampai Mati

LA PAZ (Bolivia): Sekumpulan penduduk di kawasan miskin di Bolivia yang marah, tersalah anggap seorang anggota polis mabuk sebagai pencuri dan memukulnya hingga mati.

Rosmery Guarachi, adik kepada anggota polis Rolando Guarachi, 33 memberitahu stesen televisyen ATB, semalam, “Orang ramai tersalah anggap dia sebagai penyeluk saku sebelum mengelilinginya. Mereka membunuhnya dan saya mahukan keadilan.”

Rosmery berkata, Guarachi, seorang anggota polis kastam berpangkat sarjan, berpakaian preman, mabuk apabila tersalah masuk ke sekolah yang disangka rumahnya, dan menyebabkan pengawal awam mengeluarkan amaran kepada penduduk, ada pencuri di kawasan mereka.

Katanya, dia dipukul selama dua jam di dataran awam di kawasan Achacicala.

Polis menahan empat suspek. - AFP

Legging Is Not A Pants!

Freegans : Budaya Memakan Sampah





Izara Aishah Comel Berpakaian Sekolah

Izara Aishah tampil dengan berpakaian sekolah sewaktu pelancaran program Astro, Oh My English pada Khamis lalu. Izara kelihatan begitu cantik dan comel apabila mengenakan pakaian sekolah.

Mana tidaknya, artis yang putih gebu ini menjadi tumpuan ramai kerana berperwatakan seperti kanak-kanak riang dan pastinya menarik minat ramai orang bagi menonton rancangan tersebut.

Oh My English merupakan medium pendidikan terbaru yang dibawakan oleh Astro yang berbentuk komedi. Rancangan ini ditayangkan di Astro TVIQ saluran 610 pada setiap hari Ahad jam 10 pagi.

Antara pelakon-pelakon di dalam rancangan ini seperti Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Izara Aishah dan Zain Saidin. Salain itu, rancangan ini turut menampilkan pelakon-pelakon undangan seperti Lisa Surihani, Greyson Chance, Maher Zain, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak

10 Gigitan Dan Sengat Serangga Paling Berbisa

Gigitan dan sengat sengatan ini adalah hasil gigitan keatas encik justin schmidts yg dgn rela hati membiarkan dirinya disengat oleh lebih 150 jenis serangga yg menpunyai sengat dan menyengat

1.Bullet Ant

2.Tarantula Hawk

3.Paper Wasp

4.Red Harvester ( Of Sorrow ) Ant

5.Honey Bee.

6.Yellow Jacket.

7.Bald Face Hornet.

8.Bullhorn Acacia Ant.

9.Fire Ant.

10.Sweet Bee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012