Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak
kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini
akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk
seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan
motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single
terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu
sedih, keseorangan dan gersang
Perasan
semua awek suka pada kau
Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau
mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun,
menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu
konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma
gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi
kau masa makan tengah hari
Membina tabiat makan yang tidak elok
Sangat susah untuk seseorang
itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang
bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau
penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama
single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.
Kau banyak sangat main games
Counterstrike? DOTA (Dunia Orang
Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi
masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik.
Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi.
Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk
tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang
dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?
Kau meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kau
telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan
kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai
hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian
kat kau yang sedang desperate nak berawek.
Kau mula stalk awek lama kau
Terima kasih kepada internet,
ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan
meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip
nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia
tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan
adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja
stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan
lain.