Visit Lelong

Robot Bakal Gantikan Pengawal Pantai Selamatkan Mangsa Lemas

Robot yang dinamakan Emily atau ‘Emergency Integrated Lifesaving Lanyard’ mampu meredah ombak selaju 64 kilometer sejam bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa lemas. - AGENSI

CALIFORNIA 27 Mei - Sejenis robot kawalan jauh dijangka menggantikan tugas penyelamat pantai di Amerika Syarikat (AS) dalam operasi menyelamatkan mangsa lemas di laut.

Robot yang dinamakan Emily atau ‘Emergency Integrated Lifesaving Lanyard’ itu, sedang diuji pada musim panas ini oleh pengawal pantai di Los Angeles dan California sebagai peralatan baru dalam usaha menyelamatkan mangsa lemas.

Walaupun bentuk Emily tidak menarik seperti bintang Pamela Anderson dalam siri Baywatch, mesin berwarna merah itu dikatakan mampu meredah ombak pada kelajuan 64 kilometer sejam dan berfungsi sebagai alat pengapungan yang boleh membawa sehingga enam orang mangsa pada satu-satu masa.

Robot berwarna merah itu juga boleh bergerak 12 kali lebih laju daripada penyelamat pantai dan boleh dijatuhkan dari udara bagi tujuan kecemasan.

Pada kelajuan biasa, Emily mampu berfungsi selama 500 minit pada kelajuan lima kilometer sejam.

Ketika diuji di pantai Malibu, California tahun lalu, pengawal pantai telah melakukan pelbagai situasi menyelamat dan dalam situasi sebenar, Emily terbukti mampu menyelamatkan nyawa mangsa yang berpotensi lemas.

Selain menyelamatkan mangsa yang hampir lemas, Emily juga mampu mengurangkan risiko kematian terhadap penyelamat pantai yang biasanya perlu meredah laut bergelora bagi menyelamatkan mangsa.

Robot itu dinamakan sempena nama seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang maut akibat kemalangan jalan raya di Malibu pada 2010 iaitu, Emily Shane.

Pihak berkuasa berharap, robot itu akan mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa sebagai penghargaan kepada kanak-kanak itu memandangkan ahli keluarganya berhasrat membantu orang ramai sebagai penghormatan kepada Emily. - AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Here

END 30.8.2012
END 30.9.2012
30.9.2012
30.6.2012